Monday, November 17, 2008

Makan2 kat Putrajaya Seafood Restaurant.


After Salmi abes exam supp die, aku bawak die makan2 kat Putrajaya Seafood bertempat di Presint 1 , Taman Putra Perdana Park, Persiaran Perdana, Taman Botani. Kat sane, pemandangan tasik yang cantik serta tumbuhan2 kat sekeliling aku menjadikan suasana sangat tenang dan aman. Tambahan lagi pada waktu itu, hujan mula turun dengan renyai2 dengan angin yang sepoi2 bahasa menjadikan keadaan sejuk, lalu aku menyalakan sebatang rokok untuk menghalau nyamuk.

Pada mulanya, kitorang tatau nak order ape sebab banyak sangat pilihan makanan dan rambang mate nak pilih (sebenarnya banyak yang mahal). Jadi, selepas berejam2 membuat pilihan (sambil waiter cekak pinggang), kitorang kasi menu balik kat die dan buat pesanan makanan. Antara pilihan makanan kitorang ialah:
  • Udang masak dengan daun2 kari pastu ade serbuk2 goreng sket x 1 pinggan;

  • Sotong masak paprik x 1 pinggan;

  • Nasik putih x 4 mangkuk kecik;

  • Ais-cream sweet sour sebagai desert x 1 mangkuk;

  • Ice Lemon Tea x 1 dan

  • Ice Blended Chocholate x 1.

Sementara menunggu makanan sampai, kitorang disajikan dengan kacang rebus dan juga Chineese Green Tea sebagai pengalas perut. After makanan sampai, we enjoy the food so much. Sedap, tapi tak cukup nasi. Dah settle sume, aku pon panggil waiter untuk bill. Lepas bill sampai je, aku pon tengok total bill sume dan cakap, "This is my destiny", dan terus bayar. Kitorang pon terus chao sambil Salmi buat lawak jenaka die pasal Gossip Girl die yang die penah tengok.

3 comments:

~myranda ashikin~ said...

wow romantik nya.....
bila lagi nk blnja akak lak eks....eheheeeh
trus kan menulis tau....

shivaraaj.k said...

wakaka.. 'this is my destiny'
i feel u man.. :)

Anonymous said...

nak tanya...mahal sangat ke?...berapa harga?