Thursday, November 20, 2008

Live drift @ Cyberjaya Terminal.

Aku tengah tak saba2 nak kuar dari kelas Database System sebab dalam kelas tu sejuk gile (bagi aku) sebab aku demam panas. Aku terpaksa pinjam bag jeans Isa untuk aku berlindung dari kesejukan yang mencucuk tahap dewa itu. Sejak kebelakangan ni, Cyberjaya asik hujan je tengah2 malam. Aku pon dijangkiti selesema dan demam2 sebab tido tak pakai baju, tak pakai selimut, pastu pasang kipas no 3.

Selepas je lecturer cakap "This is the end of the class for today", aku terus kuar dari dewan lecture dan berjemur sekejap kat lua. Aku la orang yang paling happy skali bile masuk kete Aqil yang panas bahang tu, manakala yang lain sebuk tunggu kat lua kete nak kasi kete sejuk.

Kitorang (aku, Isa, Bambing ngan Aqil) cepat2 bergegas ke terminal sebab waktu tu nak sampai peak hour, waktu launch orang2 ofis. Kalo lambat je, memang tak dapat tempat duduk la bai, sebab area kedai "Mak Mertua" tu memang fames. Aku terus je oder Mee Jawa kat situ manakala yang lain makan nasi campur kat kedai Mak Mertua.

Sekali lagi, Isa dok tanye soalan bodo die, "Nak amek ke tanak subjek koko (subjek kokurikulum). Kang kalo tak amek, menyesal pulak. Dah la satu sabjek je amek sem ni.", kate Isa untuk kesekian kalinya. Aku cam bebuih je jawab soalan die. Aqil soh die amek je subjek tu sebab masih ade banyak mase lagi. Manakala Bambing soh die takyah amek. So, bile Isa "Prejuuu" (sebut gaya Isa) je, die akan tanye lagi soalan yang same tu sampai la die puas hati. Adoi~



Tengah sebok2 bercerita tentang banyak perkara, sebuah kete warne biru muncul dari arah belakang dengan bunyi ekzos yang mantap. Cam semua orang pandang. Aku pon tertanye2, asal mamat ni bawak kete ala2 KL Drift ni. Satgi baru la aku tau dari mamat yang jual air. "Diorang dah booking dah tempat ni nak demo drift kat sini.", katanya. Patutla aku tak nampak bas parking pon kat terminal. Rupe2nye sudah diblock.

Pas 15 minit centu, datang seorang pempuan promote flyers die for event die yang akan datang ni. Kat dalam tu tulis "Joy Ride" dimana korang sume dapat dok dalam kete mamat tu sambil fell mamat tu drift kete die. Aku sebenarnya tanak terlepas peluang, tapi menurut kesihatan aku yang kurang sihat ini, aku batalkan saje niat aku tu. Bagi peluang kat orang lain.




Aku oder air teh o ais sampai 3 kali semate2 nak usha orang drift depan mate. Maklum la, ni 1st time kot. Member2 lain pon same. Sedar tak sedar, kitorang dah lepak kat terminal tu hampir 2 jam! Dari 11:30 am sampai 1:30 pm. Lame gile. Kat bawah ni terdapat rakaman yang aku buat sewaktu pendriftan itu dilakukan. Terima kasih kepada encik Aqil yang memprovide camera Nokia die yang berkualiti tinggi untuk membuat rakaman ini. Terima kasih sekali lagi.


No comments: