Wednesday, April 22, 2009

I'm back again!

Lame sungguh aku tidak mengupdate blog aku ni. Maybe disebabkan aku malas, banyak assignment and tade mase nak update mende2 simple dalam hidop aku.

Anyway, ade banyak je bende aku nak cite but ade je syaitan yang soh aku supaya jangan update blog, terutama nye JingBing (name baru Bambing).

Hari ni, aku kalah judi sampai tinggal 1K je dalam account aku. Jangan pikir aku judi betol2 ok. Aku judi dalam facebook je. Reality tak mungkin. Aku tak sanggup doh.

Minggu ni merupakan minggu malang aku atau minggu yang paling worst dalam sem ni. Segala maler assignment nak kene antau bagai nak gile. Pastu ade presentation Operating System lagi. Kenape lah bekas askar yang ajau aku Operating System ni? Tade kaitan ok! Sampai nak masuk kelas setiap pagi pon kene beratur dulu kat lua kelas cek barisan make sure lurus. Den pastu nyanyi lagu Negaraku. Pastu before masuk, kene cek uniform, pakai kasut tak, baju tug in tak. Haha!

Sebab Loges la (lecturer OS aku, bekas pelajar ATMA) aku kene make sure assignment aku perfect. Kalo tak nahas aku kene pisau ramboo die. Sampai nak wat report pon, aku kene amek 4 jam nak cek indent aku supaye uniform. Nak cari reference sampai 6 buku aku pinjam dari library. Punye la prejew nak wak esemen die tu.

Dah la dengan air takde kat umah, mmg susah la aku nak bersihkan diri. Ade je prob minggu ni. Sabtu ni pulak ade MUET mmg kelam kibut la jawabnye. Nasib baik la ade orang tersayang. Leh lew ngade2 ngan die. Heh.

Thursday, April 9, 2009

Dammit! Phone aku jahanam!

Dammit! Handpon Sony aku kong la pulak. Aku tale nak charge fon aku so battery aku drain gile babi. Arini je aku tale nak angkat phone call bapak aku. Slalu kalo die call tu ade mende penting la tu. And den, pagi tadi aku tak dapat bangun pegi kelas sebab alarm phone aku tidak berfungsi. So, aku bole jadikan ianya alasan untuk tidak ke kelas. Hehe.

Pas abes je lab mesin aku pada petang itu, aku bergegas pulang untuk mendapatkan phone backup. Phone Samsung lame yang telah ditinggalkan oleh bapak aku sekian lama dan dimamah dek usia, masih bole berfungsi lagi walaupun ade sedikit masalah pixel. Tapi, alangkah malangnye, semua phone number directory aku , aku simpan dalam phone Sony aku tu.

So rakan2, kalo korang nak sms aku, sila sertakan juga nama dan juga alamat beserta 2 keping gambar berukuran passpot supaya mudah untuk aku mengenali siape yang mesej. Sekian.

I'm back!

Rakan2, sorry coz dah 2 minggu aku tak update blog ni sebab time mid sem break, aku takde access internet di rumah kecuali dial-up jew. Tu pon kalo tepon umah ade. Ni wayer tepon pon adik aku buat sidai kain kat lua. Adoi~

Tambahan pula minggu seterusnya ade exam pulak. So, bertenggek la aku di meja untuk menelaah pelajaran. Menelaah ape, meleleh air liur ade la sebab bace Software Engineering. Haha!

So, antara aktiviti2 aku semasa cuti ialah:
  1. Jadi seorang bapa yang tiap2 hari bangun kol 17 (Sebab parents aku gi umrah).
  2. Jadi jaga setiap malam dengan ditemani oleh sang kure2 dalam kolam aku. Keje tiap2 malam menyalak nak makanan.
  3. Bagi makan ikan koi. Kadang2 men curah2 air kat diorang sebab boring tade kasih sayang daripada ibu bapa.
  4. Wat sapan kat adik pempuan aku before die gi sekolah. Taruk roti, pandai2 la die taruk kaya sendiri.
  5. Call orang yang tersayang. Walaupun die garang.
  6. Tengok katun South Park time stadi pastu tetido.
  7. Gado ngan adik aku.
  8. Cuci kolam.
Haha, minggu aku yang sepi disebabkan ketiadaan parents aku. Cuma ade adik aku, sang kure2, kete Savvy dan juga pencil case untuk aku survive.

Biodata Rasullullah SAW.

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH SAW

BIODATA RASULULLAH SAW
Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka'abah)
Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf
Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali
Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya 'Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN Datuknya, 'Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah' ,jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah..

USIA 25 TAHUN
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah.
Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.
Khadijah Binti Khuwailid
Saudah Binti Zam'ah
'Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
Hafsah binti 'Umar (anak Saidina 'Umar bin Al-Khattab)
Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
Zainab Binti Jahsy
Maimunah Binti Harith
Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
Zainab Binti Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin'; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra'

ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy.
Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN

SAUDARA SUSUAN

1.. Thuwaibah
1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
1. Halimah Al-Saidiyyah
1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul 'Uzza
3.. Syaima' binti Harith bin Abdul 'Uzza
4. 'Aisyah binti Harith bin abdul 'Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK
KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-'Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya 'Abdul 'Uzza)
8.. Abdul Ka'bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13.. 'Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-'Awwam) *** *** Sempat masuk Islam.
## Ulama' berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku,
maka sesungguhnya dia telah mencintai
aku. Dan sesiapa yang mencintai aku
nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas)