Friday, November 21, 2008

Penjaga zoo diserang oleh harimau di Singapura.

Baru2 ni aku terima satu e-mail seram dari member rapat aku time sekolah dulu. Di dalam e-mail tersebut terdapat beberapa keping gambar seorang lelaki dibaham oleh dua ekor harimau. Maybe harimau tu dah lame tak makan orang. Kat bawah ni aku taruk gambar2 tersebut.




Injury tak baik2 lagi.

Aku rase dah dekat dua bulan dah kaki aku tak baik2 lagi. Tension tol bile time men futsal aku tale nak join. Dah la sukan tu favourite sport aku. Tu je la entertainment yang aku ade selain dapat menguruskan badan yang makin membuncit ini. Bile dah bole main sket2, kaki kiri aku yang terkehel dua bulan lepas buat hal lagi. Asik sakit je time aku lari ngan sepak bola. Rase die macam tulang-temulang cam bergesel antara satu sama lain.

Trajedi ni bermula ketika team aku yang terdiri daripada Faruk, Koga, aku dan juga Hamzi menentang team Wizurai kat futsal Puchong. Game tu memang sengit dan kitorang bermain sebaik yang mungkin untuk stay dalam court tu. Faruk bersusah payah mengaturkan strategi beliau supaya serangan pihak lawan dapat dipatahkan.

Tetapi malangnya, aku pada waktu tu bermain sebagai striker dikawal rapat oleh defender diorang. Walaupun aku dah lari selaju yang mungkin, diorang bole pancung aku dengan mudah maklum la, team Wizurai. Kemudian, teamate aku passing bola kat aku dan aku terus bawak bola tu ke arah goal tanpa berlengah lagi. Tanpa aku sedari, ade mamat tu tengah kejar aku rapat kat blakang. Satgi tetibe die tackle aku dan aku terpijak bola lalu jatuh ke atas tanah. Rase sakit yang amat sangat terasa kat bahagian kaki aku sebelah kiri.

Sumeorang yang ade dalam court tu berkerumun sekeliling aku dan tolong aku bangun. Rase sakit tu terasa sampai abes game futsal. Pelan2 aku tengok kaki aku, bengkak teruk. Aku cam tale nak pijak tanah langsung sebab kaki aku tale kene prejew. Lalu, aku call Aqil untuk memohon pertolongan beliau supaya dapat hantarkan aku ke hospital Putrajaya. Salmi la yang banyak tolong aku time aku sorang2 kat dalam hospital.


Selepas pemeriksaan doktor (X-Ray) dijalankan, doktor tersebut memutuskan yang kaki aku tak teruk mane. Tapi bengkak yang besar tu mungkin disebabkan oleh otot dalaman yang terkehel. Lalu, doktor tersebut sapukan krim kat bahagian kaki aku untuk meredakan kesakitan dan membalut kaki aku ngan bandage serta diberi pil pain killer. Sepanjang aku berada kat hospital tu, aku pakai kerusi roda je sebab tak mampu nak berjalan.

Sampai je kat depan rumah D25A, aku dipapah oleh Prop. Tapi, kat dalam rumah, aku terpaksa merangkak atau melompat sebelah kaki untuk pergi mandi dan buat kerja2 yang lain. 2, 3 hari selepas itu merupakan hari2 malang aku sebab aku susah nak drive dan tale nak buat ape2. Nak gi kelas ape tah lagi. Cuma dapat duduk je depan PC. Makanan pon soh member bungkuskan.

Selepas sebulan, barulah kaki aku dah mula pulih dan dapat berjalan dengan baik. Tetapi, masih susah untuk berlari. Nak main futsal pon fikir banyak kali. Takut kene tackle lagi cane? Tapi, aku selalu fikir, mesti teamate aku perlukan khidmat aku sebagai striker sebab diorang tade striker dah. Itu je yang dapat menguatkan semangat aku untuk bermain futsal balik. Heaheahea~

Thursday, November 20, 2008

Live drift @ Cyberjaya Terminal.

Aku tengah tak saba2 nak kuar dari kelas Database System sebab dalam kelas tu sejuk gile (bagi aku) sebab aku demam panas. Aku terpaksa pinjam bag jeans Isa untuk aku berlindung dari kesejukan yang mencucuk tahap dewa itu. Sejak kebelakangan ni, Cyberjaya asik hujan je tengah2 malam. Aku pon dijangkiti selesema dan demam2 sebab tido tak pakai baju, tak pakai selimut, pastu pasang kipas no 3.

Selepas je lecturer cakap "This is the end of the class for today", aku terus kuar dari dewan lecture dan berjemur sekejap kat lua. Aku la orang yang paling happy skali bile masuk kete Aqil yang panas bahang tu, manakala yang lain sebuk tunggu kat lua kete nak kasi kete sejuk.

Kitorang (aku, Isa, Bambing ngan Aqil) cepat2 bergegas ke terminal sebab waktu tu nak sampai peak hour, waktu launch orang2 ofis. Kalo lambat je, memang tak dapat tempat duduk la bai, sebab area kedai "Mak Mertua" tu memang fames. Aku terus je oder Mee Jawa kat situ manakala yang lain makan nasi campur kat kedai Mak Mertua.

Sekali lagi, Isa dok tanye soalan bodo die, "Nak amek ke tanak subjek koko (subjek kokurikulum). Kang kalo tak amek, menyesal pulak. Dah la satu sabjek je amek sem ni.", kate Isa untuk kesekian kalinya. Aku cam bebuih je jawab soalan die. Aqil soh die amek je subjek tu sebab masih ade banyak mase lagi. Manakala Bambing soh die takyah amek. So, bile Isa "Prejuuu" (sebut gaya Isa) je, die akan tanye lagi soalan yang same tu sampai la die puas hati. Adoi~



Tengah sebok2 bercerita tentang banyak perkara, sebuah kete warne biru muncul dari arah belakang dengan bunyi ekzos yang mantap. Cam semua orang pandang. Aku pon tertanye2, asal mamat ni bawak kete ala2 KL Drift ni. Satgi baru la aku tau dari mamat yang jual air. "Diorang dah booking dah tempat ni nak demo drift kat sini.", katanya. Patutla aku tak nampak bas parking pon kat terminal. Rupe2nye sudah diblock.

Pas 15 minit centu, datang seorang pempuan promote flyers die for event die yang akan datang ni. Kat dalam tu tulis "Joy Ride" dimana korang sume dapat dok dalam kete mamat tu sambil fell mamat tu drift kete die. Aku sebenarnya tanak terlepas peluang, tapi menurut kesihatan aku yang kurang sihat ini, aku batalkan saje niat aku tu. Bagi peluang kat orang lain.




Aku oder air teh o ais sampai 3 kali semate2 nak usha orang drift depan mate. Maklum la, ni 1st time kot. Member2 lain pon same. Sedar tak sedar, kitorang dah lepak kat terminal tu hampir 2 jam! Dari 11:30 am sampai 1:30 pm. Lame gile. Kat bawah ni terdapat rakaman yang aku buat sewaktu pendriftan itu dilakukan. Terima kasih kepada encik Aqil yang memprovide camera Nokia die yang berkualiti tinggi untuk membuat rakaman ini. Terima kasih sekali lagi.


Tuesday, November 18, 2008

Kentut tanpa amaran.

Betul kate Mon. Kentut tu baik, tapi bukan di khalayak ramai. Ini tidak, tengah dok layan lecturer bercerita pasal sejarah Malaysia, tetibe je ade bau yang kurang hasam datang dari arah kiri. Aku dah la baru je sampai, tetibe Mon tuduh aku pulak. Adoi~


Tapi bak kate Mon, budak seblah die yang kentut. Sebab minah tu terhencut2 pastu duduk tak diam. Tu kate die la. Aku tatau. Agak lame la jugak aku ngan Mon tahan nafas. Tapi aku rase, Mon yang kentut. Heaheahea~

Anyway, lepas je kelas tu, Bambing ajak men golf. Tapi, sorry la bro. Aku demam la. Nanti eh kite battle. Ko pon bukannye reti men pon. Heaheahea~

Monday, November 17, 2008

Makan2 kat Putrajaya Seafood Restaurant.


After Salmi abes exam supp die, aku bawak die makan2 kat Putrajaya Seafood bertempat di Presint 1 , Taman Putra Perdana Park, Persiaran Perdana, Taman Botani. Kat sane, pemandangan tasik yang cantik serta tumbuhan2 kat sekeliling aku menjadikan suasana sangat tenang dan aman. Tambahan lagi pada waktu itu, hujan mula turun dengan renyai2 dengan angin yang sepoi2 bahasa menjadikan keadaan sejuk, lalu aku menyalakan sebatang rokok untuk menghalau nyamuk.

Pada mulanya, kitorang tatau nak order ape sebab banyak sangat pilihan makanan dan rambang mate nak pilih (sebenarnya banyak yang mahal). Jadi, selepas berejam2 membuat pilihan (sambil waiter cekak pinggang), kitorang kasi menu balik kat die dan buat pesanan makanan. Antara pilihan makanan kitorang ialah:
  • Udang masak dengan daun2 kari pastu ade serbuk2 goreng sket x 1 pinggan;

  • Sotong masak paprik x 1 pinggan;

  • Nasik putih x 4 mangkuk kecik;

  • Ais-cream sweet sour sebagai desert x 1 mangkuk;

  • Ice Lemon Tea x 1 dan

  • Ice Blended Chocholate x 1.

Sementara menunggu makanan sampai, kitorang disajikan dengan kacang rebus dan juga Chineese Green Tea sebagai pengalas perut. After makanan sampai, we enjoy the food so much. Sedap, tapi tak cukup nasi. Dah settle sume, aku pon panggil waiter untuk bill. Lepas bill sampai je, aku pon tengok total bill sume dan cakap, "This is my destiny", dan terus bayar. Kitorang pon terus chao sambil Salmi buat lawak jenaka die pasal Gossip Girl die yang die penah tengok.

Superstar Karaoke @ Alamanda semakin popular.


Semasa aku tunggu wayang nak start kol 9:50 pm, aku cuba berkaraoke kat sebelah Alamanda apabila aku teringat kata2 Bambing yang meyakinkan itu. Dia cakap kat sane dah ade touch screen untuk pilih lagu. So, pasni takyah nak bongkok2 pilih lagu masing2 ok.

Sampai2 je, aku terkejut sebab block kedai Superstar Karaoke dah diextendkan untuk memuatkan demand penggemar2 karaoke di sana. Selain dari bilik karaoke yang besar dan bersih tanpa merokok dibenarkan serta pilihan snek2 dan minuman yang pelbagai, aku tertarik ngan service die yang baik dan peramah. Tapi, mahal sket sebab 1 lagu, RM 1.50. Berbaloi la jugak dengan service yang ok tu. So, sape2 yang tak penah gi lagi, aku recommendkan korang pergi mencube di sane untuk berkaraoke dengan rakan2.

Madagascar: Escape 2 Africa.

Madagascar

Mesti korang sume pernah tengok animasi Madagascar yang 1st pada tahun 2005. Pada waktu itu, pengarah Eric Darnell dan Tom McGrath mengilhamkan sekumpulan haiwan terdiri daripada Alex si singa, Marty si kuda belang, Melman si zirafah dan juga Gloria si badak air dan diorang sume berkawan rapat di dalam sebuah zoo kat New York's Center. Walaubagaimanapun, klimaks bermula apabila seekor daripada mereka terlepas daripada kandang dan 3 ekor yang lain cuba untuk menjejaki rakan diorang yang hilang itu. Selang beberapa hari kemudian, diorang berjaya untuk berkumpul semula di sesuatu tempat, tetapi, diorang terkejut sebab diorang berada kat dalam kapal yang sedang mengarah ke Afrika.


Madagascar 2 : Escape to Africa

Sekali lagi, kedua2 pengarah ni menceritakan pengalaman keempat2 haiwan ni semasa berada kat Afrika melalui Madagascar 2: Escape to Afrika. Episod kali ini sangat lucu dengan terdapatnya character2 sokongan seperti King of Julian, Maurice, sekumpulan penguin dan juga 2 ekor monyet yang mempunyai character lucu yang tersendiri.

Ianya bermula apabila Alex teringin sangat nak pulang ke kampung halaman selepas bertahun2 tinggal di New York. So, sekumpulan penguin menggunakan kepakaran masing2 untuk memperbaiki kapal terbang yang sudah rosak untuk mencapai keinginan si Alex tersebut. Selepas pendaratan dibuat, diorang dapati diorang berada kat tengah2 kawasan hutan yang paling liar di Afrika. Di sane, diorang dapat bertemu dengan species masing2 untuk kali yang pertama.

So, adakah Afrika merupakan tempat yang di idam2kan oleh Alex mahupun kesemua rakan2 nya itu? Ataupun, New York lagi best? Kalo korang nak tau, gi tengok. Tak rugi. Best gile dan klaka nak mampus.

Rating aku : 8 / 10.

Rating IMDB : 7.4 / 10 (2,890 votes).

Friday, November 14, 2008

It's such an amazing jam.

I was so astonishing when my friends have their fingers on their guitar and playing "Fight for Your Right" song from ACAB band while I was recording their performance in front of me and Faruk. Sebijik kot. Tu yang tale bla tu. Actually, on that day, aku saje je nak testing phone Sony Ericsson W810i yang aku baru beli and tak sangka pulak sampai nak set everything up (including 3 guitars, chairs, background and vocalist) biar bole qualified masuk Metacafe. Haha.

Kalo korang nak tau, banyak shot kitorang amik sampai Bonzer krem2 tangan (bass) sebab ulang banyak kali. At the first time, I took a full scene mode and after a playback, Bonzer bagi cadangan supaye muke kitorang tak nampak. So, orang mesti tanye, "Sape main tu doh?". Ahaaa, badget superstar.

Yang bestnye tu, sebulan selepas aku post kat Metacafe, tade pon orang nak view video yang kitorang buat. Cume ade satu komen je yang datang dari Amin. Tale bla...

But today, aku tengok balik video clip kat Metacafe dan pencapaian clip ini sangat memuaskan sebab dah ade lebih 500 viewer but leave us only one comment. Tapi bole tahan la popularity video clip ni sebab dapat rating 3.12 out of 5. Congratulation guys!


From left : Fattah (Rhythm), Kuga (Lead), Bonzer (Bass), Asip (Vocalist), Faruk (jadi penebat haba).

Thursday, November 13, 2008

Cane nak main Texas Hold 'em Poker?


Korang penah dengar tak Texas Poker Hold 'em? Game ni ade kat myspace dan korang bole add application ni. Yang best nye, kite bole main online world wide dan ajak ramai2 orang main dalam satu table. So, aku nak ajar korang sume mengenali dan memahami cara yang bertul nak main game ni supaya korang tak kalah lawan aku. Heaheahea~ Kalo korang sume perasan, Bond 007, Casino Rayale pon main game ni dalam movie. Game ni sangat best untuk mengisi masa lapang korang.

So, kat myspace nanti, korang add game ni menerusi profile myspace aku kat www.myspace.com/chickeroson dan add application die. Korang akan dibawa ke dunia di mana manusia tak pernah puas dan tamak!

Kat game poker tu nanti, korang pilih table yang korang suke bergantung kepada modal chip korang. Di bawah ni aku bitau sket definisi setiap column.

Table name : Nama meja tu.

Players : (Bilangan player yang sedang main / Maximum player yang bole join).

Limit : (Minimum blind-post / Maximum blind-post).

Min buy-in : Minimum chip atas table.

Max buy-in : Maximum chip atas table.

Lepas korang masuk, pilih seat korang and pilih nilai chip untuk dibawa masuk dalam game tu nanti. Satu button 'D', Dealer, akan diberi kepada setiap individu mengikut giliran arah pusingan jam. Fungsi dealer adalah untuk start taruk permulaan betting. Sebelum korang start, 2 orang blakang Dealer (lawan arah jam) akan dikenakan Blind-post sebagai tax. 3 komuniti kad akan diletakkan sebagai permulaan phase pertama dan 2 keping hand kad akan diberikan kepada setiap pemain. So, cane nak start betting chip?

Kat sebalah kiri chat box ade button control untuk korang buat pilihan korang. Kat bawah ni aku bitau sket ape fungsi setiap button tu.

Fold : Surrender dan semua chip yang korang dah bet, tale pulangkan balik kepada owner.

Check : Korang tanak bet. Mungkin komuniti kat dan hand kad korang tak best. Korang diberi pilihan untuk check (kalo sumeorang check untuk keluarkan komuniti kad yang seterusnya) atau fold kalo nak surrender.

Call : Bet nilai chip yang same ngan player lain taruk.

Raise : Korang boleh ske2 hati taruk bet. Tapi, mesti sekurang2nye dua kali ganda dengan player yang paling besar nilai chip die atas meja.

So skang korang dah tau kan cane nak start betting. Skang, tugas utama korang ialah bandingkan hand kad korang ngan komuniti korang, power ke tak. Kalo power, bet la tinggi sket. Kalo tak, korang check atau fold je. Cane nak tau kad korang power ke tak? Itu sume bergantung kepada Rank of Hand korang. Lihat kat bawah (ranking start dari kiri ke kanan) :


Korang akan terus compare kad korang sampailah kad komuniti yang terakhir iaitu kad yang kelima atas meja (phase 3) dimana selepas semua nilai chip setiap player dah same. Dealer akan tolong cekkan ranking korang ngan pantas. So lepas tu, die akan bitau sape menang dan duit taruhan akan menjadi habuan korang. Jadi, enjoy bermain Texas Poker Hold 'em! Kalo korang still pening dan step kat atas tidak membantu, aku sediakan video kat bawah ni untuk korang lagi senang nak paham.

Celebrating Raya @ Bangi.

My family.
(Aina, Syahmi, aku, mama)


Budak2 badget macho.
(aku, Arep, Syaren)


Budak2 baru nak tumbuh bulu.
(Haziq, Amirul, Naquib, Syahmi)


Adik-beradik penyayang.
(Fattiyah, Nurul, Farhana)


Lovely couple.
(Kak Ju, Jeff)


Girls talk.
(Mek Pah, Aina, Fattiyah)

p/s : Gamba Nazri diharamkan oleh sebab2 tertentu. Heaheahea~

Wednesday, November 12, 2008

Quantum of Solace.

Release Date : 6 November 2008


Memperkenalkan movie yang sememangnye sume orang nak tonton. Aku dengar ramai cakap cite ni best. So, aku sediakan sedikit sinopsis untuk cerita ni.

'Quantum of Solace' continues the high octane adventures of James Bond from 'Casino Royale'. Picking up literally days where the previous film left off, after being betrayed by Vesper, the woman he loved, 007 fights the urge to make his latest mission personal. Having captured Mr. White, and in pursuing his determination to uncover the truth, Bond and 'M' interrogate Mr. White who reveals the organization which blackmailed Vesper to steal Bond's casino winnings is far more complex and dangerous than anyone had imagined.

Forensic intelligence links an MI6 traitor to a bank account in Haiti where a case of mistaken identity introduces Bond to the beautiful but feisty Camille, a woman who has her own vendetta. Camille leads Bond straight to Dominic Greene, a ruthless businessman and major force within the mysterious criminal organization known only as 'Quantum'.

On a mission that leads him to Austria, Italy and South America, Bond discovers that Greene, conspiring to take total control of one of the world's most important natural resources, is forging a deal with the exiled General Medrano. Using his associates in the organization, and manipulating his powerful contacts within the CIA and the British government, Greene promises to overthrow the existing regime in Bolivia, giving General Medrano control of the country in exchange for a seemingly barren piece of land which is, however, a main source of the South American water supply. In a minefield of treachery, murder and deceit, Bond allies with old friends in a battle to uncover the truth. As he gets closer to finding the man responsible for the betrayal of Vesper, 007 must keep one step ahead of the CIA, the terrorists, and even 'M' herself, to unravel Greene's sinister plan and stop Quantum from getting its way.

Semester baru dah bermula!


Yay! Sem baru dah bermula dan aku sangat teruja skali untuk bertemu rakan2 yang lame tidak kelihatan. Aku sangat merindui kawan2 dan rase happy kalo dapat bertemu dowang. But it doesn't last long sebab aku ade paper supplementary yang kene duduki T_T. Spoil betul.

Naik sem je, orang kedua yang aku bertemu ialah Bambing. Die ngan muke selenger die buatkan aku rase happy skali berjumpe ngan beliau. Nasib bek die pon ade supp same ngan aku. So leh study skali. Si dia pon ade teman aku study. Selain itu, Si Dammit (Naim) pon ade, ngan mulut tak reti stop dia menyerikan lagi hari aku yang sangat suram dan down itu (kene study maaa).

Hari ni paper supp aku dah abes, so aku tak sabar nak hang up ngan Faruk, Koga dan Hamzi yang terkenal dengan kerenah masing2 sebab hampir sebulan aku tak jumpe diorang. Rindu pulak. Tak lupe juga yang lain, classmate aku, Aqil, Bambing, Isa dan rakan2 serumah yang lain yang menyerikan hari2 aku time aku berduka. Thanks guys! And Happy New Semester!

Getting to be 21.


My birthday is coming soon! Hopefully this time I have time to hang up with my friends. So, adela mase nak hang up ngan kawan2 gi celebrate kat luar. Tapi birthday aku tahun ni jatuh pada hari Selasa, 2nd December. Tatau la ade ape pada hari itu. Harap2 best je.

But this year, I will be celebrating my birthday with someone special plus friends plus family! Not as before, aku celebrate ngan family je. Takde pon orang nak baling telur kat aku. (harap2 takde la).

Last year, aku celebate birthday aku kat Melaka. Faruk, koga, Hamzi dan kawan2 aku kat Melaka sume ade. Dowang blikan aku cokelat. Sebenarnye coklat tu bukan beli pon. Zul Management yang dapat hadiah, pastu bagi kat aku. So, settle untuk hadiah aku dari kawan2 untuk birthday aku tahun itu. Thanks guys! Hadiah yang aku dapat dari Mama aku ialah seutas jam tangan Fossil yang aku pakai sampai ke hari ini. Thanks ma!

Most supprisingly, last year, I've got a call from someone which is so familiar to me. It's a girl! Waktu tu aku tengah main snooker kat area2 Melaka ngan kawan2 aku yang lame tak hang up skali. That is my first time ade orang pempuan call aku malam2 and wishes me my Happy Birthday. Aku sangat terharu sampai aku tale focus kat permainan snooker aku and aku pon kalah dengan cemerlangnye. Heaheahea. Padahal tak reti main pon.

Hopefully this year, ramai kawan2 aku ade skali and bole celebrate same2. Hadiah pon mesti best punyekan. Anyway guys, don't forget bout my present ok! It's coming soon!

Cenderamata dari kayangan.

Tanpa disengajakan, aku dah buat die marah lagi. Aku terlalu obses sangat ngan blog ni sampai lupe yang die tengah stress kat rumah die. Aku tale jumpe bende2 baru ni. Mesti aku obses punye. Aku sepatutnye tenangkan die tapi aku lupe yang die sangat memerlukan aku, and i'm not there to be with her.

If you read this post baby, i want you to know that i'm so sorry. I tak bermaksud nak sakitkan hati u. Love you so much baby~



Baru2 ni die hadiahkan aku satu kraftangan yang dibuat khas untuk aku. It's so sweet. Di dalamnye terdapat ayat2 "suci" yang aku takan bace sampai la aku sangat merindui die. Aku pon ade jugak idea untuk membalas balik kraftangan yang die dah buat kat aku. Tapi, tunggu dulu ye cyg. Baik punye~

p/s : Tapi aku dah terbace satu ketas dalam botol tu, die tulis, "Jom tawen~".

Tuesday, November 11, 2008

Bile la bole beli XBox 360 ni?


Hari tu Nazrul tunjuk game XBox baru die kat Bangi time raye haritu. Peh, bes gile. Die demo kat aku ngan Syaren sket game "Gears of War" and die main. Hebat jugak Nazrul ni. Yang membuatkan aku tertarik ngan XBox ni sebab grafik die yang cun and den controller die ringan dan fit je kat tangan sesiape pon. Tak seperti PS2 aku yang ade wayer ngan beratnye lagi. Aku ngan Syaren tenganga je tengok. Kalo la satu hari nanti dapat bli, main kat Plasma 42", layan~

Kalo ikutkan perancangan memang aku ngan Syaren nak share duit beli XBox 360 selapas tengok demo dari Nazrul, tapi ade je masalah yang timbul. Tu yang buat aku tension tu. Contoh macam accident kete aku yang baru je berlaku. Pastu ngan laptop aku pulak rosak, kene baiki. Terbantut la jawabnye.

Baru2 ni, si Nazri dah bli satu yang latest. Nazrul pon ade satu. So, kitorang ingat nak bli skali. Bole la main online ngan sedara-mara. Tapi, Streamyx pulak takde kat rumah. Cane tu? Bole pulak kan pakai Dial-Up?

Kete aku accident pulak.

Adoi, tak abes lagi masalah, masalah lain timbul. Ape la nasib aku ni. Tengah best-best cuti kat umah, kete pulak kene langgar. Kisah die ceni, aritu aku ngan dua adik aku ngah usha2 la kedai makan kat area rumah aku, sebab mama kitowang gi outstation kat Kedah. So, tade la orang nak masak kat umah. Aku pulak tale harap. Bangun pun pukul 17 (ayat mama aku), ade hati nak masak. Nasib baik la ade kete. Leh g kedai cari makanan.

So
, tengah relek2 drive kete kat sepanjang jalan nak cari kedai, tetibe lak ade kete kancil muncul dari arah depan. Bawak laju pulak tu kat selekoh. Belum sempat aku nak baling lembing kat kancil tu, die terus langgar aku kat bahagian depan. Dah la makan jalan aku. "Hakeleh mamat ni pe citer?", kate aku sambil tertanya2. Adik aku pon cam tergamam sambil air liur die meleleh sebab lapo sangat.



Aku pon parking kete Savvy aku kat tepi jalan dan kuar pegi kat arah die. Hakeleh, belasan tahun je budak ni. Aku pon terus mengeluarkan kate2 kesat kat die. Perkataan tu optional je. Saje nak bagi die cuak2 sket. Pastu aku pon mintak lesen ngan IC die. Nasib baik ade lesen, tapi IC pulak takde.

Aku tanye die, cane nak settle ni? Die soh aku ikut die jumpe bapak die kat kolam memancing. Aku pon ikut la die. Dah sampai, bapak die kuar. Die usha2 kete aku ngan anak die. Pastu die angguk2 dan aku tatau ape maksud die tu. Pastu selamba je g masuk dalam kanopi balik, tengok TV. Cite gossip girl pulak tu. Adoi. Aku dah la tengah tension ni.


After half an hour
, bapak die soh aku ngan anak die gi balai polis Kajang, tapi bersama pak cik budak tu yang bekerja sebagai "polis penyiasat". Aku pon tatau nape aku cakap centu sebab time pak cik die sampai, dressing die cam detective connan. Siap topi cowboy lagi. Aku ngan Syaren tahan je gelak. Tapi yang kitowang tale lupe, time die intro diri die.

Kitorang pon bergegas ke balai polis Kajang. Sampai2 aku pon gi kat kaunter nak report accident. Aku pon bagi IC ngan lesen aku kat pegaiwai polis tu. Satgi polis tu tanye aku, ni lesen dah mati ni. Aku pon terkejut lesen aku dah mati. Adoi~

Pas bagi keterangan kat polis tersebut, aku dibawa pula ke tingkat atas untuk diinterview. Budak tu pon same. So, kitorang bagi keterangan based on perspective masing2. Satgi pas turn die, bole pulak die cakap aku masuk jalan die. Mane pulak aku tak menyirap. Yang polis tu pon percaya je cakap budak tu. Maklum la, budak tu ade "kabel". Pastu aku tak puas hati, aku ajak polis tu gi tempat kejadian, tengok sendiri. Kitowang pon setuju. Kitorang naik kete polis bersama jurufoto.

15 minit kemudian, kitorang sampai kat area kemalangan tu. Kitorang menuju ke arah kat mane lampu kete aku pecah. Polis tu pon usha lame. Tetibe die cakap aku masuk jalan budak tu, padahal lampu aku tu pecah betul2 kat tengah lorong jalan aku. Cane pulak die bole kate aku masuk jalan budak tu. Sebabnye die cakap, ade beberapa pecahan kat lorong budak tu. So, aku masuk jalan orang. Sah kabel! Aku pon tale wat ape2. Sebab aku sorang2 je kat situ takde geng. Tapi tibe2, jurufoto tu perasan sumting. Die nampak tanda wrong way. Rupa2nya budak tu masuk wrong way! Jadi, aku tak bersalah. So lucky!

Nanti...

Nak test dulu, bole taip ke tidak.