Friday, November 21, 2008

Injury tak baik2 lagi.

Aku rase dah dekat dua bulan dah kaki aku tak baik2 lagi. Tension tol bile time men futsal aku tale nak join. Dah la sukan tu favourite sport aku. Tu je la entertainment yang aku ade selain dapat menguruskan badan yang makin membuncit ini. Bile dah bole main sket2, kaki kiri aku yang terkehel dua bulan lepas buat hal lagi. Asik sakit je time aku lari ngan sepak bola. Rase die macam tulang-temulang cam bergesel antara satu sama lain.

Trajedi ni bermula ketika team aku yang terdiri daripada Faruk, Koga, aku dan juga Hamzi menentang team Wizurai kat futsal Puchong. Game tu memang sengit dan kitorang bermain sebaik yang mungkin untuk stay dalam court tu. Faruk bersusah payah mengaturkan strategi beliau supaya serangan pihak lawan dapat dipatahkan.

Tetapi malangnya, aku pada waktu tu bermain sebagai striker dikawal rapat oleh defender diorang. Walaupun aku dah lari selaju yang mungkin, diorang bole pancung aku dengan mudah maklum la, team Wizurai. Kemudian, teamate aku passing bola kat aku dan aku terus bawak bola tu ke arah goal tanpa berlengah lagi. Tanpa aku sedari, ade mamat tu tengah kejar aku rapat kat blakang. Satgi tetibe die tackle aku dan aku terpijak bola lalu jatuh ke atas tanah. Rase sakit yang amat sangat terasa kat bahagian kaki aku sebelah kiri.

Sumeorang yang ade dalam court tu berkerumun sekeliling aku dan tolong aku bangun. Rase sakit tu terasa sampai abes game futsal. Pelan2 aku tengok kaki aku, bengkak teruk. Aku cam tale nak pijak tanah langsung sebab kaki aku tale kene prejew. Lalu, aku call Aqil untuk memohon pertolongan beliau supaya dapat hantarkan aku ke hospital Putrajaya. Salmi la yang banyak tolong aku time aku sorang2 kat dalam hospital.


Selepas pemeriksaan doktor (X-Ray) dijalankan, doktor tersebut memutuskan yang kaki aku tak teruk mane. Tapi bengkak yang besar tu mungkin disebabkan oleh otot dalaman yang terkehel. Lalu, doktor tersebut sapukan krim kat bahagian kaki aku untuk meredakan kesakitan dan membalut kaki aku ngan bandage serta diberi pil pain killer. Sepanjang aku berada kat hospital tu, aku pakai kerusi roda je sebab tak mampu nak berjalan.

Sampai je kat depan rumah D25A, aku dipapah oleh Prop. Tapi, kat dalam rumah, aku terpaksa merangkak atau melompat sebelah kaki untuk pergi mandi dan buat kerja2 yang lain. 2, 3 hari selepas itu merupakan hari2 malang aku sebab aku susah nak drive dan tale nak buat ape2. Nak gi kelas ape tah lagi. Cuma dapat duduk je depan PC. Makanan pon soh member bungkuskan.

Selepas sebulan, barulah kaki aku dah mula pulih dan dapat berjalan dengan baik. Tetapi, masih susah untuk berlari. Nak main futsal pon fikir banyak kali. Takut kene tackle lagi cane? Tapi, aku selalu fikir, mesti teamate aku perlukan khidmat aku sebagai striker sebab diorang tade striker dah. Itu je yang dapat menguatkan semangat aku untuk bermain futsal balik. Heaheahea~

No comments: