Thursday, February 26, 2009

Hari Lowyat sedunia.

Dah 4 minggu berlalu kat MMU, aku dah buat keputusan untuk meletakkan hari Khamis sebagai hari Lowyat sedunia secara official. Entry ni aku dah usulkan kat Berita Harian supaya semua rakyat Malaysia tau yang hari khamis pada setiap minggu patut cuti untuk dowang beristirahat kat Lowyat bersama2 family dan rakan2.

This is because every Thursday in each week, aku dan kawan2 aku akan gerak pi Lowyat untuk melepak sebab waktu tu jadual kelas aku tak pack. Cuma ade 2 kelas aje. So far, we all tak planning pon nak gi mane kecuali Lowyat sahaja dan sambutan sangat menggalakkan. Setiap minggu ade je member yang nak bli barang kat Lowyat. So, kitorang amek kesempatan itu untuk round2 kat Lowyat cuci mate.

Supposely this week kitorang akan gerak pi Lowyat lagi sekali. Tapi Pop cam ade lab pulak. Spoil betul la MMU ni. Eheee. Ape2 pon, jangan sentap ok! (Tagline Talam dalam Raja Lawak 3)

Tuesday, February 24, 2009

R. Logeswaran VS Shabiul Islam.

R. Logeswaran

Entry ini berkaitan tentang, bak kate si Bing~ Bing~ (Nama manja Amir Yaacob yang latest selepas berevolusi sebanyak 8 kali), walaupun ilmu kite setinggi gunung, tapi kalo tade common human sense, orang akan pandang rendah and tak hormat kat kite.

So this is about a lecturer yang graduate kat London named R. Logeswaren dan mengajar wa allz subject Operating System semester ni. What is unique about this fella is the way he speaks and teach so fluent and so convincing sampai aku tak penah pon skip kelas lecture die sebab cara die mangajar yang sangat berkesan dan senang nak faham. Senang cakap aku selesa kalo die mengajar dan susah aku nak tido dalam kelas. Sometimes, he makes some jokes and sangat tegas dalam bab2 time manaagement ni, eg: attendance, assignment submission, etc.

First time aku masuk kelas die aku terkesima tengok gaya dan appearance die yang segak dengan pakaian baju ala2 driver orang2 kenamaan yang selalu drive kereta perdana (baju warna kelabu yang ade 3 poket dan 4 butang). Seumur hidup aku kat MMU tak penah lagi aku nampak lecturer FOE yang kemas dan segak dan berspek mata.

Lately during tutorial session, bukan aku sahaja seperti tidak percaya yang lecturer ni sampai ke tahap terlalu tegas dan skema tentang perundangan kat MMU ni, malah sumue student die juga turut tertekan. Tak pasal2 si Bing~ Bing~ kene perli dengan die sebab "trying to look stylish" sebab kononnye pakai cekak. Aku kat tepi die cakap padan muke je. Haha. Aqil pon kene jugak sebab datang lewat ke kelas dan berambut panjang. So pastu he made some announcement cam perli2 sket kat depan kelas dan advise kat sume student die. For girls don't even to try to look like boys (Aqil) and boys don't even to try to look like girls (Bing~ Bing~) because its not cool and don't look stylish at all.

Hakelah aku cakap. Takan tu pon menjadi kesalahan kan. Ni kan private university. Bukannye IPA pon. Yang die nak tekankan sangat tu pehal. Bambing cam biase je la. Senyum je walaupun kene kutuk. Dari dulu tak ubah2. Tak penah preje. Aku rase bapak die salah install la.

Die seolah2 suruh we allz bukak balik Student HandBook and bace balik regulation dan juga condition to be as MMU student. Sampaikan nak masuk kelas die pon kene pakai kasut.

Anyway, initially 4 students (yang hustler2) dah kene warning untuk withdraw seubject ni sebab during tutorial, ade orang sainkan kat diorang. So bile kantoi, semua attandance diorang during this semester akan dipotong oleh beliau sendiri until the end of the semester. Cume satu je jalan untuk selamatkan diri diorang iaitu dengan surrenderkan orang yang sainkan attendance mase tutorial tu. So pastu, orang tu pulak yang kene withdraw nanti. Nice2.

After class budak2 berbagsa cina buat satu group kat lua kelas dan bincang ape tah. Aku pon tak paham sebab diorang cakap bahasa cina. Tapi cam nak gado pon ade. "Terrible la that lecturer... bla3", kate salah sorang daripada mereka. Aku pon cam kesian jugak tengok mereka2 yang kene withdraw ni. Baru 3rd week je kot. Takan dah nak kene drop dah kan.

Shabiul Islam

So, aku pon buat perbandingan ngan lecturer kitorang yang satu lagi ni. Sume orang kenal kot. Dr. Shabiul Islam, berasal dari Bangladesh. Penah ajar kite time Microprocessor and Microcontroller time Gamma dulu. Differ from Mr. Loga, lecturer ni cam lepak2 je time kelas dan pengalaman die takde la sehebat Mr. Loga tu, tapi cool je. Walaupun kepala die botak dan tidak sekacak Mr. Loga, tapi lecturer ni tade la skema sangat sampai nak bar orang. Die penah cakap time kelas, "I usually won't bar my student even though the student comes only one hour during my lecture. If i see the student sign his attendance just once, i will allow him to sit for the final exam.".

Cool tak cool la mamat ni. Walaupun die bagi kelonggaran cemtu, aku tak penah lagi rase nak ponteng kelas die. Sebab die ni kelaka jugak. Kadang2 nak bagi example pon klaka nak mampus. Anyway, aku enjoy kelas die sebab tak preje sangat time die mengajar. Even, die kasi buku text die lagi untuk kitorang photostate dan blaja bersama2 die kat bawah pokok kalo nak blaja lagi ngan die after class.

Monday, February 23, 2009

Paskal's birthday at Sg Gabai.

It's Paskal's birthday!. We went to Gabai waterfall after we haven't stepped onto any waterfall rivers for the last couple years. The last trip was accompanied with Bonzer and also my housemate. But that one was not an anyone's birthday. It's just a trip before a semester break.

Surprisingly on that Saturday morning, Faruk and Kuga willing to spend their time to be with us. Because usually, they are very hesitate to join this kind of activity. Aku pon pelik kenapa tibe2 diorang nak ikut. Maybe sebab terpakse ke, or tade orang kat rumah? Aku pon tak tau. Tapi aku happy bile diorang ade sekali. Sebab mangkuk2 ni ske wat mende2 bodo dan klaka sampai aku pon tak tahan nak gelak tengok diorang ni.

Anyway, trip ke Gabai dimeriahkan lagi dengan kehadiran Abe Zul dan juga Acap yang terkenal dengan kenakalan diorang ni. Dan yang menarik sekali, Abe Zul bawak SLR die! Wah, betambah gedik sla Faruk nanti. Faruk bukannye bole jumpe camera. Ade je mende bodo yang die nak snap nanti. Aku pon layanz jew.

Antara rakan2 aku yang follow gi Gabai ialah Bambing, Paksen, Faruk, Koga, Paskal, Fen Chai, Acap, Abe Zul, Sardine, Amin dan juga Pope.

Antara keghairahan kitorang yang paling berahi sekali ialah terjun bebas kat dalam 'lubuk' sungai yang dalam. Masing2 cuba melompat masuk ke dalam air sungai yang dalam dan deras itu. Mula2 Faruk agak cuak, tetapi dengan bantuan life guard dari aku, die pon mule rase selamat sebab die tak reti berenang. Haha. Setiap terjuanan bebas dari kitorang mempunyai nama 'burger' masing2. Antaranya ialah, Burgergar (Pope), Burger Techno (Faruk), Burger Cina (Amin) dan sebagainya. Sengal tol budak2 ni.

Pada masa yang sama, satu tragedi sedih telah berlaku kepada camera SLR Abe Zul. We allz sangat terkejut bile dengar camera SLR yang berharga RM 3,500 beliau jatuh ke dalam sungai. Kejadian itu berlaku semasa beliau tengah snap posing ala2 maut si Acap tengah panjat naik atas batu-batuan sungai. Tetapi malagnya, Abe Zul tergelincir dan jatuh ke dalam air sungai. Sehingga sekarang camera beliau tak elok2 lagi. Maybe circuit dalam camera tu rosak agaknya.

Anyway, tengah seronok2 dok main 'futsal' pakai botol Ice Lemon Tea Seasons kat sungai yang cetek bersama Kuga dan Faruk (biase la buat keje2 bodo), aku pulak terjatuh kat atas batu2 sungai yang tajam dan mengerikan. Lepas aku periksa lutut aku, ade kesan luka putih sebab terseret atas batu yang tajam. Tapi aku cool je. Faruk ngan Koga yang panik. "Hang curah ayaq kat luka hang tu banyak2, bagi darah hang hilang sikit2. Satgi kalo dak, darah hang kuaq tak henti2", kata Faruk. Haha.

Gambar2 kitorang sebelum camera SLR Abe Zul jatuh ke dalam sungai:





Monday, February 16, 2009

The Journey Begins!


Sape kate orang Malaysia tak setanding dengan orang-orang barat? Sape kate orang Malaysia takde bakat untuk menghasilkan filem2 animasi? Ahaaa, aku la orang nye...

Tapi, tanggapan aku meleset sejak aku mula tonton siri animasi Upin & Ipin start bulan puasa beberapa tahun yang lepas. First time aku tengok siri tu, aku rase cam tak sabar nak tunggu siri yang seterusnye kat TV9. Sebab aku tertarik dengan suara setiap character yang padan dengan character masing2 serta syncronization between mimik muka dan juga mulut. For me, it looks so real. Tidak seperti dulu, mane2 animasi yang orang Malaysia buat, tak berapa details sangat kat bahagian audio dan juga graphic. Diorang just buat ala kadar aje. Tu yang aku down sangat dan menyampah nak tengok cite katun orang Malaysia.

To tell the truth, aku sangat meminati siri animasi Upin & Ipin ni sampai pecah dan kembung perut sebab banyak gelak time tengok Upin & Ipin the movie ni. This is a must watch movie ok! But a bit sad sebab aku tengok movie ni 2 hari selepas movie ni first ditayangkan.

So, aku nak salute sket kat Les' Copaque Production Sdn Bhd kerana telah mengubah pandangan orang Malaysia sekaligus orang2 kat barat di luar sana yang tidak menyagka kretiviti orang2 Malaysia sehebat diorang. Dengan teknologi yang Malaysia ade sekarang ni, aku berharap kite bole pergi jauh lagi dan banyak idea2 yang kreatif dapat ditonjolkan.

Antara award yang diorang dapat ialah:

  • President's Award
Malaysia Canada Business Council Business Excellence Awards 2008

  • Best of Media Entertainment Category - Merit Award
MSC Malaysia APICTA 2008

  • International Achievement Appreciation Award
Malam Penghargaan Industri Filem 2008

So, kalo korang nak taw lebih lanjut pasal Les' Copaque Production, korang bole gi ke laman web http://www.lescopaque.com untuk pelbagai informasi tentang company ni, atau http://www.gengthemovie.com untuk informasi tentang movie animasi Geng : Pengembaraan Bermula.

Saturday, February 14, 2009

Kedai makan terminal saks!

Yesterday, Jumaat after kelas kol 2:30 sampai 3:30 petang, aku ingat nak launch jap kat terminal. Sebab satu hari aku tak makan. Last skali meal yang aku makan ialah KFC. Tu pon cuma seketul ayam je sebab share ngan Salmi.

So after kelas kol 3:30 petang tu, aku try tanye bambing untuk teman aku makan. Tapi hampa sebab die dah makan kat Alamanda ngan Isa. Aku pulak tak g kelas pagi tu. Jadi, tak dapat la aku nak gerak sekali ngan diorang g Alamanda. Pastu aku tanye Aqil pulak, die cakap die puase. So tinggal Salmi sorang je. Die pon same, tak dapat nak temankan aku sebab die baru pas mandi, rambut die basah.

Aku takde option lain selain makan sorang2. Aku pon terus naik kereta NBW aku dan memecut ke terminal dengan harapan dapat bungkus bawak balik rumah makan. Aku rushing sket sebab nak kejar mase untuk kelas seterusnya pada pukul 4:30 petang, Advance Microprocessor. Tapi, sampai2 je, aku kecewa sebab 2 kedai melayu tutup. Yang tinggal cuma bekas2 aluminium untuk taruk bahan makanan. Tibe2 aku teringat kate Asip supaya jangan pegi makan kat terminal sebab tempat tu dah tak ramai orang makan sebab banyak kedai yang tutup.

Aku teruskan juga usaha aku kat kedai Mak Mertua, tapi hampa juga sebab kedai Mak Mertua dah pindah kat commercial lot Cyberjaya. Sedih. So, dengan mase yang sangat terhad, aku terpaksa makan kat Hassan je. Tak penah dibuat orang. Ahaaa. Mangkuk betul.

Aku pon tatau cane pasni kat mane aku nak makan dah. Tempat yang paling dekat pon kat Kedai Mak Teh aka Kedai Mak Mertua yang baru. Jauh sket kat Dengkil. Adoi~

Thursday, February 12, 2009

Mati tersepit kat lantai rumah.

DUNGUN - Seorang lelaki berusia 34 tahun yang dipercayai cuba memecah masuk sebuah rumah menerusi lantai menemui ajal apabila kepalanya tersepit di celah lantai kayu tersebut.

Kejadian berlaku antara pukul 7.00 pagi hingga 3.30 petang semalam di Kampung Sura Hujung ketika penghuni rumah berkenaan, Wan Azhan Wan Abdullah, 43, keluar mengajar di sekolah berhampiran.

Menurut Wan Azhan, dia terkejut apabila melihat satu objek di lantai bahagian dapur rumahnya ketika pulang dari mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 7, dekat sini.


"Ketika sampai di rumah, saya terus ke ruang dapur untuk ke tandas tetapi tiba-tiba saya terlihat kepala orang dalam keadaan mengerikan," ceritanya ketika ditemui di rumahnya dekat sini, semalam.

Dia kemudiannya terus memanggil jirannya kerana tidak percaya dengan apa yang dilihatnya tetapi mereka mengesahkan ia adalah kepala manusia.

Katanya, dia turut memeriksa bahagian bawah rumah dan terkejut apabila mendapati badan mangsa terjuntai di antara lantai rumah setinggi kira-kira satu meter itu.

Menurut Wan Azhan yang tinggal bersendirian di rumah tersebut sejak tahun 1983, dia mengenali mangsa yang juga jirannya.

Tuesday, February 10, 2009

Antara 5 orang yang terhodoh di dunia.

Michael Jackson

Hah, tak lain tak bukan, sape lagi kalo bukan Michael Jackson. Mamat ni pernah menjadi lagend pop dunia sewaktu die bergiat dalam bidang seni. Sape takde album die ni memang die mangkuk la. Aku start dengar dan tergile2 kan lagu mamat ni sejak dari sekolah rendah lagi. Sebab cikgu tuisyen aku ske pasang lagu mamat ni kuat2 sampai abes satu album die pasang. Dulu aku ingat die ni macam god atau malaikat sebab die banyak tolong orang susah dengan lagu2 die. Tapi dulu, aku start kenal die ngan nigger yang hitam tapi skang dah berubah banyak dah. Sebab taksub sangat ngan wajah die sampai wat pembedahan plastik. Hitam pon tak kesah dik nun, janji hidung takyah nak tuka2. Adoyai~

Marilyn Manson

Seriously, what the hell happened to this kid? Aku start kenal mamat ni time aku Alpha kat MMU melaka. Si Hamzi promote aku video clip lagu mamat ni. Macam haram... Tak caye, usha la video clip mamat ni. Tah hape yang die nak tunjukkan dalam clip die pon aku tatau. Terlalu metal sangat. Aku bukan metal ok! Ahaaa, anyway dik, jangan mekap tebal2 sangat ok! Sampai mak ko pon tak kenal mane satu anak tiri or kandung die ok.

Jocelyn Wildenstein

Adoyai, Mama Rina AF6 pon lagi cun dari die ni. Minah ni berasal dari Switzerland dan die sangat obses ngan wajah die sampai memakan kos sebanyak 4 juta US dolar. Sampaikan press2 bagi nickname "The Bride of Wildenstein," aka bakal isteri Frankenstein. Tape ape2 pon dik nun, ko takyah nak risau sebab suami ko dah supportkan untuk pembedahan ko ni. So, ko tak rugi duit.

Michael Berryman

Untuk pengetahuan korang, ni bukan makup ok. This is real. Memang sejak dilahirkan, mamat ni menghidap penyakit Hypohidrotic Ectodermal Dysplasia di mana die tidak mempunyai saraf kelenjar peluh, kuku, rambut dan juga gigi. Tapi ape2 pon, die tetap diterima berlakon dalam movie My Science Project (1985), Weird Science (1985), Armed Response (1986), Evil Spirits (1990), Star Trek: The Next Generation dan juga The X-Files. Watak yang selalu dibawa ialah watak2 orang jahat, cacat dan juga menakutkan.

DJ Qualls

Mamat ni juga mempunyai penyakit ala2 Michael Berryman yang juga dikenali sebagai Hodgkin's lymphoma, sejenis pembentukan kanser sejak berumur 14 tahun. Selepas 2 tahun pembedahan, beliau pulih dan dapat berlakon dalam movie Road Trip. Kalo korang nak tau, mamat ni dapat meneruskan pelajaran beliau di Nashville's Belmont University. Selepas itu, beliau bertheatre di theatre tempatan dan secara tidak sengaja David LaChapelle, photographer terkenal mengambil beliau sebagai model Celvin Klein dan juga Prada! Tahniah bro!

Sony Ericsson C905 mantops.

Todei, aku ngan Salmi lepak2 kat Alamanda pas aku abes kelas kol 3. Sempat jugak aku sakat si Salmi ni cakap aku tak sempat nak datang Alamanda sebab aku ade kelas extra. Sian kat die sebab die mengharapkan aku datang amek die balik Cyberia. Adoyai, jahat gile aku ni.

And den, bile aku sampai, aku bawak die makan kat Chicken Rice Shop. Pas makan, aku bercadang nak tengok wayang Ong Bak 2 kat GSC Alamanda. Sambil tunggu time tayangan, kitorang pusing2 jap tengok phone. Sebab aku rase cam nak tuka je phone si Salmi ni daripada pakai phone motorola die yang dulunye vuzz sangat sebab nipis dan ringan. Tapi bagi aku cam tak besh je sbb tak user friendly langsung. Susah nak navigate antara menu2 dan juge bersms.

So, kat dalam kedai phone tu, aku terpandang subuah phone Sony yang eligen, yang sesuai ngan Salmi yang kiut miut ni. Dah la phone Sony ni memiliki Cybershot 8.1 Megapixel, auto-focus, ringan dan lengkap dengan basic application yang sesuai dengan die yang suke gedik2 bergambar dengan diri sendiri baget ala2 comel gitu.

Bagi aku, phone ni patut aku beli tapi mahal nak mampus. Kalo aku menabung 50 sen sehari pon tak mampu aku nak bli doh! Adoi, tapi ape2 pon, aku cube kumpulkan duit. Cari kerje ke. Tak kesah la nak kene jadi jaga ke, tukang gosok gigi kambing ke, yang penting, aku berusaha. Eheee~

Anyway, aku sediakan sedikit sebanyak spesifikasi phone ni kat bawah:

- RM 1760 - 1840
- RM 1590 - 1670 (AP)

- 8.1 Megapixel (auto focus)
- Face detection
- BestPic™
- Image stabiliser
- Berat, 136 gram
- 160 MB internal memory, 8 GB external memory
- 262, 144 color TFT QVGA, 240x320 pixel
- Network, GSM/GPRS/EDGE 850/900/1800/1900, UMTS/HSDPA 2100

Time to get serious!

Ok, nampaknye blogger Amir Yaacob mule active dalam blog. Aha, tatau pulak musuh aku dah ade blog. So, diva terkemuka tergebu di dunia ni nak challange AAJ tu untuk teruskan aktiviti mulia die tu. Adoi, tercakap style Azwan Ali pulak. Ahaaa. Ape2 pon, teruskan perjuangan ko tu ye dik nun.

Anyway, sem baru sudah bermula. Kali ini aku berharap banyak bende2 yang best dapat aku alami dalam semester baru ni. Amin.

Semester baru ni agak perit dan burit sket sebab aku ade 6 subjek yang agak keterlaluan jugak susahnye . Aku amek 4 subject ECP di mana kebanyakan budak2 menyampah dengar subjek yang berkaitan dengan ECP termasuk aku sendiri plus 2 subject ala2 gediks gitu. Heaheahea. So, terpakse la aku membizikan diri dengan subjek2 favourite aku ni. Harap2 pointer aku naik sem ni. Tale nak malas2 da na dik nun! Amin.

Aku amat setuju sekali ngan blogger Amir Yaacob berkenaan dengan topic "Salmi makan biskut". Heaheahea. Tergamak die cite pasal ni. Ahaaa. Sebab aku ade skali time Salmi cite die makan biskut dalam kete sbb nak jaga pemakanan die. Last2~ Eheee.

Ape2 pon, sem ni aku nak tingkatkan usaha aku untuk update blog aku supaya aku setaraf dengan blogger Amir Yaacob. Wait for my coming entry yoll!