Monday, February 16, 2009

The Journey Begins!


Sape kate orang Malaysia tak setanding dengan orang-orang barat? Sape kate orang Malaysia takde bakat untuk menghasilkan filem2 animasi? Ahaaa, aku la orang nye...

Tapi, tanggapan aku meleset sejak aku mula tonton siri animasi Upin & Ipin start bulan puasa beberapa tahun yang lepas. First time aku tengok siri tu, aku rase cam tak sabar nak tunggu siri yang seterusnye kat TV9. Sebab aku tertarik dengan suara setiap character yang padan dengan character masing2 serta syncronization between mimik muka dan juga mulut. For me, it looks so real. Tidak seperti dulu, mane2 animasi yang orang Malaysia buat, tak berapa details sangat kat bahagian audio dan juga graphic. Diorang just buat ala kadar aje. Tu yang aku down sangat dan menyampah nak tengok cite katun orang Malaysia.

To tell the truth, aku sangat meminati siri animasi Upin & Ipin ni sampai pecah dan kembung perut sebab banyak gelak time tengok Upin & Ipin the movie ni. This is a must watch movie ok! But a bit sad sebab aku tengok movie ni 2 hari selepas movie ni first ditayangkan.

So, aku nak salute sket kat Les' Copaque Production Sdn Bhd kerana telah mengubah pandangan orang Malaysia sekaligus orang2 kat barat di luar sana yang tidak menyagka kretiviti orang2 Malaysia sehebat diorang. Dengan teknologi yang Malaysia ade sekarang ni, aku berharap kite bole pergi jauh lagi dan banyak idea2 yang kreatif dapat ditonjolkan.

Antara award yang diorang dapat ialah:

  • President's Award
Malaysia Canada Business Council Business Excellence Awards 2008

  • Best of Media Entertainment Category - Merit Award
MSC Malaysia APICTA 2008

  • International Achievement Appreciation Award
Malam Penghargaan Industri Filem 2008

So, kalo korang nak taw lebih lanjut pasal Les' Copaque Production, korang bole gi ke laman web http://www.lescopaque.com untuk pelbagai informasi tentang company ni, atau http://www.gengthemovie.com untuk informasi tentang movie animasi Geng : Pengembaraan Bermula.

No comments: