Wednesday, December 3, 2008

Akibat tak tarik handbrake.

Petang tu aku kelam kelibut bergegas ke FOM untuk mendengar briefing untuk internship yang bakal aku lalui beberapa sem lagi. Brefing ini penting untuk aku mengetahui asas dan requirement untuk aku menjejakkan kaki ke dunia pekerjaan.

Sebaik sahaja aku parking kete aku, tetibe Aqil mengejutkan aku dengan satu accident yang berlaku kat depan FOE. So, kitorang bergegas ke tempat kejadian untuk melihat sendiri insiden ngeri tersebut.

Aku macam tak percaye je bile tengok kete Gen-2 tetibe paking kat atas divider sebelah FOE. Cane bole accident sampai leh naik atas divider? Kalo pakai formula trigonometri pon tale nak tau cane kete tu leh naik atas devider.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, kete tersebut didapati tidak menarik handbrake sewaktu beliau parking kat atas bukit. Jadi, mase tuan punye kete takde, kete tu mengelunsur kebelakang dan naik atas divider sehingga melanggar sebatang papan tanda yang bertulis, "Dilarang melanggar papan tanda ini." dan berhenti daripada tergelunsur jauh kebelakang.

It's December the 2nd!

Semalam merupakan harijadi aku yang ke-21. Dah bosa rupenye. Pagi 2 December, aku, Bambing dan Mon memecahkan suasana pagi dengan berkaraoke kat Alamanda. Tapi alangkah malangnye, aku tak dapat perform dengan baik sekali sebab PA System die buat hal pulak. Sorang amek 5 lagu. Mon seperti biase, lagu2 lame die zaman 60an - 80an. Si Bambing pulak layan lagu Rock Kapak die. Walaubagaimanapun, performance die agak mantap berbanding hari2 yang lepas. Yang aku pulak, backup singer untuk Bambing. Sampai part yang tinggi2, tu keje aku la tu. Hehe.

Pas penat berkaroke, kitorang pulang ke Cyberia. But unexpected happens when i reached home. Before aku balik D25A, aku lepak sat kat kedai mamak depan ngan member lame yang lame tak jumpe. Satgi tibe2, aku dapat phone call from Salmi soh aku balik cepat. Aku pon "cemas" sebab ingatkan rumah aku terbakar ke, paip tak tutup ke atau jadi pape kat rumah aku. So, aku pon bergegas pulang. Then, aku bukak pintu bilik and... (to be continue).

At a meanwhile, sume housemate aku wat tatau yang ade seprise dalam bilek aku. Sume wat muke boring je kecuali Bambing yang tetibe happy (kantoi). Ok, sambung...


So, pas aku bukak je pintu, ade beberapa lilin kat atas katil aku. Wah! Sweetnyew~ Nasib baik katil aku tak terbakar. Kalo tak, kat mane tak aku nak tido? Idea sape tah. Tidak diketahui until now. Hehe. Aku pon melangkah masuk ke bilik aku yang tetibe je bersih dan kemas. After a few seconds, aku dapat phone call dari Salmi wishing me a birthday. How sweet~ And dari kawan2 aku jugak. Dalam kotak kek tersebut terdapat mini cake or baby cake yang telah diorder dari internet. Aku pon agihkan setiap sorang satu.


Anyway, hadiah yang aku terima dari Salmi amat aku hargai sebab bende tu bole tahan sampai anak aku form 3. Hehe.


My special credit goes to:
  • Salmi
  • Arep
  • Aqil
  • Bambing

and thanks to all.

Friday, November 21, 2008

Penjaga zoo diserang oleh harimau di Singapura.

Baru2 ni aku terima satu e-mail seram dari member rapat aku time sekolah dulu. Di dalam e-mail tersebut terdapat beberapa keping gambar seorang lelaki dibaham oleh dua ekor harimau. Maybe harimau tu dah lame tak makan orang. Kat bawah ni aku taruk gambar2 tersebut.




Injury tak baik2 lagi.

Aku rase dah dekat dua bulan dah kaki aku tak baik2 lagi. Tension tol bile time men futsal aku tale nak join. Dah la sukan tu favourite sport aku. Tu je la entertainment yang aku ade selain dapat menguruskan badan yang makin membuncit ini. Bile dah bole main sket2, kaki kiri aku yang terkehel dua bulan lepas buat hal lagi. Asik sakit je time aku lari ngan sepak bola. Rase die macam tulang-temulang cam bergesel antara satu sama lain.

Trajedi ni bermula ketika team aku yang terdiri daripada Faruk, Koga, aku dan juga Hamzi menentang team Wizurai kat futsal Puchong. Game tu memang sengit dan kitorang bermain sebaik yang mungkin untuk stay dalam court tu. Faruk bersusah payah mengaturkan strategi beliau supaya serangan pihak lawan dapat dipatahkan.

Tetapi malangnya, aku pada waktu tu bermain sebagai striker dikawal rapat oleh defender diorang. Walaupun aku dah lari selaju yang mungkin, diorang bole pancung aku dengan mudah maklum la, team Wizurai. Kemudian, teamate aku passing bola kat aku dan aku terus bawak bola tu ke arah goal tanpa berlengah lagi. Tanpa aku sedari, ade mamat tu tengah kejar aku rapat kat blakang. Satgi tetibe die tackle aku dan aku terpijak bola lalu jatuh ke atas tanah. Rase sakit yang amat sangat terasa kat bahagian kaki aku sebelah kiri.

Sumeorang yang ade dalam court tu berkerumun sekeliling aku dan tolong aku bangun. Rase sakit tu terasa sampai abes game futsal. Pelan2 aku tengok kaki aku, bengkak teruk. Aku cam tale nak pijak tanah langsung sebab kaki aku tale kene prejew. Lalu, aku call Aqil untuk memohon pertolongan beliau supaya dapat hantarkan aku ke hospital Putrajaya. Salmi la yang banyak tolong aku time aku sorang2 kat dalam hospital.


Selepas pemeriksaan doktor (X-Ray) dijalankan, doktor tersebut memutuskan yang kaki aku tak teruk mane. Tapi bengkak yang besar tu mungkin disebabkan oleh otot dalaman yang terkehel. Lalu, doktor tersebut sapukan krim kat bahagian kaki aku untuk meredakan kesakitan dan membalut kaki aku ngan bandage serta diberi pil pain killer. Sepanjang aku berada kat hospital tu, aku pakai kerusi roda je sebab tak mampu nak berjalan.

Sampai je kat depan rumah D25A, aku dipapah oleh Prop. Tapi, kat dalam rumah, aku terpaksa merangkak atau melompat sebelah kaki untuk pergi mandi dan buat kerja2 yang lain. 2, 3 hari selepas itu merupakan hari2 malang aku sebab aku susah nak drive dan tale nak buat ape2. Nak gi kelas ape tah lagi. Cuma dapat duduk je depan PC. Makanan pon soh member bungkuskan.

Selepas sebulan, barulah kaki aku dah mula pulih dan dapat berjalan dengan baik. Tetapi, masih susah untuk berlari. Nak main futsal pon fikir banyak kali. Takut kene tackle lagi cane? Tapi, aku selalu fikir, mesti teamate aku perlukan khidmat aku sebagai striker sebab diorang tade striker dah. Itu je yang dapat menguatkan semangat aku untuk bermain futsal balik. Heaheahea~

Thursday, November 20, 2008

Live drift @ Cyberjaya Terminal.

Aku tengah tak saba2 nak kuar dari kelas Database System sebab dalam kelas tu sejuk gile (bagi aku) sebab aku demam panas. Aku terpaksa pinjam bag jeans Isa untuk aku berlindung dari kesejukan yang mencucuk tahap dewa itu. Sejak kebelakangan ni, Cyberjaya asik hujan je tengah2 malam. Aku pon dijangkiti selesema dan demam2 sebab tido tak pakai baju, tak pakai selimut, pastu pasang kipas no 3.

Selepas je lecturer cakap "This is the end of the class for today", aku terus kuar dari dewan lecture dan berjemur sekejap kat lua. Aku la orang yang paling happy skali bile masuk kete Aqil yang panas bahang tu, manakala yang lain sebuk tunggu kat lua kete nak kasi kete sejuk.

Kitorang (aku, Isa, Bambing ngan Aqil) cepat2 bergegas ke terminal sebab waktu tu nak sampai peak hour, waktu launch orang2 ofis. Kalo lambat je, memang tak dapat tempat duduk la bai, sebab area kedai "Mak Mertua" tu memang fames. Aku terus je oder Mee Jawa kat situ manakala yang lain makan nasi campur kat kedai Mak Mertua.

Sekali lagi, Isa dok tanye soalan bodo die, "Nak amek ke tanak subjek koko (subjek kokurikulum). Kang kalo tak amek, menyesal pulak. Dah la satu sabjek je amek sem ni.", kate Isa untuk kesekian kalinya. Aku cam bebuih je jawab soalan die. Aqil soh die amek je subjek tu sebab masih ade banyak mase lagi. Manakala Bambing soh die takyah amek. So, bile Isa "Prejuuu" (sebut gaya Isa) je, die akan tanye lagi soalan yang same tu sampai la die puas hati. Adoi~



Tengah sebok2 bercerita tentang banyak perkara, sebuah kete warne biru muncul dari arah belakang dengan bunyi ekzos yang mantap. Cam semua orang pandang. Aku pon tertanye2, asal mamat ni bawak kete ala2 KL Drift ni. Satgi baru la aku tau dari mamat yang jual air. "Diorang dah booking dah tempat ni nak demo drift kat sini.", katanya. Patutla aku tak nampak bas parking pon kat terminal. Rupe2nye sudah diblock.

Pas 15 minit centu, datang seorang pempuan promote flyers die for event die yang akan datang ni. Kat dalam tu tulis "Joy Ride" dimana korang sume dapat dok dalam kete mamat tu sambil fell mamat tu drift kete die. Aku sebenarnya tanak terlepas peluang, tapi menurut kesihatan aku yang kurang sihat ini, aku batalkan saje niat aku tu. Bagi peluang kat orang lain.




Aku oder air teh o ais sampai 3 kali semate2 nak usha orang drift depan mate. Maklum la, ni 1st time kot. Member2 lain pon same. Sedar tak sedar, kitorang dah lepak kat terminal tu hampir 2 jam! Dari 11:30 am sampai 1:30 pm. Lame gile. Kat bawah ni terdapat rakaman yang aku buat sewaktu pendriftan itu dilakukan. Terima kasih kepada encik Aqil yang memprovide camera Nokia die yang berkualiti tinggi untuk membuat rakaman ini. Terima kasih sekali lagi.


Tuesday, November 18, 2008

Kentut tanpa amaran.

Betul kate Mon. Kentut tu baik, tapi bukan di khalayak ramai. Ini tidak, tengah dok layan lecturer bercerita pasal sejarah Malaysia, tetibe je ade bau yang kurang hasam datang dari arah kiri. Aku dah la baru je sampai, tetibe Mon tuduh aku pulak. Adoi~


Tapi bak kate Mon, budak seblah die yang kentut. Sebab minah tu terhencut2 pastu duduk tak diam. Tu kate die la. Aku tatau. Agak lame la jugak aku ngan Mon tahan nafas. Tapi aku rase, Mon yang kentut. Heaheahea~

Anyway, lepas je kelas tu, Bambing ajak men golf. Tapi, sorry la bro. Aku demam la. Nanti eh kite battle. Ko pon bukannye reti men pon. Heaheahea~

Monday, November 17, 2008

Makan2 kat Putrajaya Seafood Restaurant.


After Salmi abes exam supp die, aku bawak die makan2 kat Putrajaya Seafood bertempat di Presint 1 , Taman Putra Perdana Park, Persiaran Perdana, Taman Botani. Kat sane, pemandangan tasik yang cantik serta tumbuhan2 kat sekeliling aku menjadikan suasana sangat tenang dan aman. Tambahan lagi pada waktu itu, hujan mula turun dengan renyai2 dengan angin yang sepoi2 bahasa menjadikan keadaan sejuk, lalu aku menyalakan sebatang rokok untuk menghalau nyamuk.

Pada mulanya, kitorang tatau nak order ape sebab banyak sangat pilihan makanan dan rambang mate nak pilih (sebenarnya banyak yang mahal). Jadi, selepas berejam2 membuat pilihan (sambil waiter cekak pinggang), kitorang kasi menu balik kat die dan buat pesanan makanan. Antara pilihan makanan kitorang ialah:
  • Udang masak dengan daun2 kari pastu ade serbuk2 goreng sket x 1 pinggan;

  • Sotong masak paprik x 1 pinggan;

  • Nasik putih x 4 mangkuk kecik;

  • Ais-cream sweet sour sebagai desert x 1 mangkuk;

  • Ice Lemon Tea x 1 dan

  • Ice Blended Chocholate x 1.

Sementara menunggu makanan sampai, kitorang disajikan dengan kacang rebus dan juga Chineese Green Tea sebagai pengalas perut. After makanan sampai, we enjoy the food so much. Sedap, tapi tak cukup nasi. Dah settle sume, aku pon panggil waiter untuk bill. Lepas bill sampai je, aku pon tengok total bill sume dan cakap, "This is my destiny", dan terus bayar. Kitorang pon terus chao sambil Salmi buat lawak jenaka die pasal Gossip Girl die yang die penah tengok.

Superstar Karaoke @ Alamanda semakin popular.


Semasa aku tunggu wayang nak start kol 9:50 pm, aku cuba berkaraoke kat sebelah Alamanda apabila aku teringat kata2 Bambing yang meyakinkan itu. Dia cakap kat sane dah ade touch screen untuk pilih lagu. So, pasni takyah nak bongkok2 pilih lagu masing2 ok.

Sampai2 je, aku terkejut sebab block kedai Superstar Karaoke dah diextendkan untuk memuatkan demand penggemar2 karaoke di sana. Selain dari bilik karaoke yang besar dan bersih tanpa merokok dibenarkan serta pilihan snek2 dan minuman yang pelbagai, aku tertarik ngan service die yang baik dan peramah. Tapi, mahal sket sebab 1 lagu, RM 1.50. Berbaloi la jugak dengan service yang ok tu. So, sape2 yang tak penah gi lagi, aku recommendkan korang pergi mencube di sane untuk berkaraoke dengan rakan2.

Madagascar: Escape 2 Africa.

Madagascar

Mesti korang sume pernah tengok animasi Madagascar yang 1st pada tahun 2005. Pada waktu itu, pengarah Eric Darnell dan Tom McGrath mengilhamkan sekumpulan haiwan terdiri daripada Alex si singa, Marty si kuda belang, Melman si zirafah dan juga Gloria si badak air dan diorang sume berkawan rapat di dalam sebuah zoo kat New York's Center. Walaubagaimanapun, klimaks bermula apabila seekor daripada mereka terlepas daripada kandang dan 3 ekor yang lain cuba untuk menjejaki rakan diorang yang hilang itu. Selang beberapa hari kemudian, diorang berjaya untuk berkumpul semula di sesuatu tempat, tetapi, diorang terkejut sebab diorang berada kat dalam kapal yang sedang mengarah ke Afrika.


Madagascar 2 : Escape to Africa

Sekali lagi, kedua2 pengarah ni menceritakan pengalaman keempat2 haiwan ni semasa berada kat Afrika melalui Madagascar 2: Escape to Afrika. Episod kali ini sangat lucu dengan terdapatnya character2 sokongan seperti King of Julian, Maurice, sekumpulan penguin dan juga 2 ekor monyet yang mempunyai character lucu yang tersendiri.

Ianya bermula apabila Alex teringin sangat nak pulang ke kampung halaman selepas bertahun2 tinggal di New York. So, sekumpulan penguin menggunakan kepakaran masing2 untuk memperbaiki kapal terbang yang sudah rosak untuk mencapai keinginan si Alex tersebut. Selepas pendaratan dibuat, diorang dapati diorang berada kat tengah2 kawasan hutan yang paling liar di Afrika. Di sane, diorang dapat bertemu dengan species masing2 untuk kali yang pertama.

So, adakah Afrika merupakan tempat yang di idam2kan oleh Alex mahupun kesemua rakan2 nya itu? Ataupun, New York lagi best? Kalo korang nak tau, gi tengok. Tak rugi. Best gile dan klaka nak mampus.

Rating aku : 8 / 10.

Rating IMDB : 7.4 / 10 (2,890 votes).

Friday, November 14, 2008

It's such an amazing jam.

I was so astonishing when my friends have their fingers on their guitar and playing "Fight for Your Right" song from ACAB band while I was recording their performance in front of me and Faruk. Sebijik kot. Tu yang tale bla tu. Actually, on that day, aku saje je nak testing phone Sony Ericsson W810i yang aku baru beli and tak sangka pulak sampai nak set everything up (including 3 guitars, chairs, background and vocalist) biar bole qualified masuk Metacafe. Haha.

Kalo korang nak tau, banyak shot kitorang amik sampai Bonzer krem2 tangan (bass) sebab ulang banyak kali. At the first time, I took a full scene mode and after a playback, Bonzer bagi cadangan supaye muke kitorang tak nampak. So, orang mesti tanye, "Sape main tu doh?". Ahaaa, badget superstar.

Yang bestnye tu, sebulan selepas aku post kat Metacafe, tade pon orang nak view video yang kitorang buat. Cume ade satu komen je yang datang dari Amin. Tale bla...

But today, aku tengok balik video clip kat Metacafe dan pencapaian clip ini sangat memuaskan sebab dah ade lebih 500 viewer but leave us only one comment. Tapi bole tahan la popularity video clip ni sebab dapat rating 3.12 out of 5. Congratulation guys!


From left : Fattah (Rhythm), Kuga (Lead), Bonzer (Bass), Asip (Vocalist), Faruk (jadi penebat haba).