Wednesday, December 3, 2008

Akibat tak tarik handbrake.

Petang tu aku kelam kelibut bergegas ke FOM untuk mendengar briefing untuk internship yang bakal aku lalui beberapa sem lagi. Brefing ini penting untuk aku mengetahui asas dan requirement untuk aku menjejakkan kaki ke dunia pekerjaan.

Sebaik sahaja aku parking kete aku, tetibe Aqil mengejutkan aku dengan satu accident yang berlaku kat depan FOE. So, kitorang bergegas ke tempat kejadian untuk melihat sendiri insiden ngeri tersebut.

Aku macam tak percaye je bile tengok kete Gen-2 tetibe paking kat atas divider sebelah FOE. Cane bole accident sampai leh naik atas divider? Kalo pakai formula trigonometri pon tale nak tau cane kete tu leh naik atas devider.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, kete tersebut didapati tidak menarik handbrake sewaktu beliau parking kat atas bukit. Jadi, mase tuan punye kete takde, kete tu mengelunsur kebelakang dan naik atas divider sehingga melanggar sebatang papan tanda yang bertulis, "Dilarang melanggar papan tanda ini." dan berhenti daripada tergelunsur jauh kebelakang.

No comments: