Wednesday, December 3, 2008
Akibat tak tarik handbrake.
It's December the 2nd!
My special credit goes to:
- Salmi
- Arep
- Aqil
- Bambing
and thanks to all.
Friday, November 21, 2008
Penjaga zoo diserang oleh harimau di Singapura.
Injury tak baik2 lagi.

Selepas pemeriksaan doktor (X-Ray) dijalankan, doktor tersebut memutuskan yang kaki aku tak teruk mane. Tapi bengkak yang besar tu mungkin disebabkan oleh otot dalaman yang terkehel. Lalu, doktor tersebut sapukan krim kat bahagian kaki aku untuk meredakan kesakitan dan membalut kaki aku ngan bandage serta diberi pil pain killer. Sepanjang aku berada kat hospital tu, aku pakai kerusi roda je sebab tak mampu nak berjalan.
Thursday, November 20, 2008
Live drift @ Cyberjaya Terminal.
Kitorang (aku, Isa, Bambing ngan Aqil) cepat2 bergegas ke terminal sebab waktu tu nak sampai peak hour, waktu launch orang2 ofis. Kalo lambat je, memang tak dapat tempat duduk la bai, sebab area kedai "Mak Mertua" tu memang fames. Aku terus je oder Mee Jawa kat situ manakala yang lain makan nasi campur kat kedai Mak Mertua.
Sekali lagi, Isa dok tanye soalan bodo die, "Nak amek ke tanak subjek koko (subjek kokurikulum). Kang kalo tak amek, menyesal pulak. Dah la satu sabjek je amek sem ni.", kate Isa untuk kesekian kalinya. Aku cam bebuih je jawab soalan die. Aqil soh die amek je subjek tu sebab masih ade banyak mase lagi. Manakala Bambing soh die takyah amek. So, bile Isa "Prejuuu" (sebut gaya Isa) je, die akan tanye lagi soalan yang same tu sampai la die puas hati. Adoi~


Tuesday, November 18, 2008
Kentut tanpa amaran.
Monday, November 17, 2008
Makan2 kat Putrajaya Seafood Restaurant.
- Udang masak dengan daun2 kari pastu ade serbuk2 goreng sket x 1 pinggan;
- Sotong masak paprik x 1 pinggan;
- Nasik putih x 4 mangkuk kecik;
- Ais-cream sweet sour sebagai desert x 1 mangkuk;
- Ice Lemon Tea x 1 dan
- Ice Blended Chocholate x 1.
Sementara menunggu makanan sampai, kitorang disajikan dengan kacang rebus dan juga Chineese Green Tea sebagai pengalas perut. After makanan sampai, we enjoy the food so much. Sedap, tapi tak cukup nasi. Dah settle sume, aku pon panggil waiter untuk bill. Lepas bill sampai je, aku pon tengok total bill sume dan cakap, "This is my destiny", dan terus bayar. Kitorang pon terus chao sambil Salmi buat lawak jenaka die pasal Gossip Girl die yang die penah tengok.
Superstar Karaoke @ Alamanda semakin popular.
Semasa aku tunggu wayang nak start kol 9:50 pm, aku cuba berkaraoke kat sebelah Alamanda apabila aku teringat kata2 Bambing yang meyakinkan itu. Dia cakap kat sane dah ade touch screen untuk pilih lagu. So, pasni takyah nak bongkok2 pilih lagu masing2 ok.
Sampai2 je, aku terkejut sebab block kedai Superstar Karaoke dah diextendkan untuk memuatkan demand penggemar2 karaoke di sana. Selain dari bilik karaoke yang besar dan bersih tanpa merokok dibenarkan serta pilihan snek2 dan minuman yang pelbagai, aku tertarik ngan service die yang baik dan peramah. Tapi, mahal sket sebab 1 lagu, RM 1.50. Berbaloi la jugak dengan service yang ok tu. So, sape2 yang tak penah gi lagi, aku recommendkan korang pergi mencube di sane untuk berkaraoke dengan rakan2.
Madagascar: Escape 2 Africa.
Friday, November 14, 2008
It's such an amazing jam.
Kalo korang nak tau, banyak shot kitorang amik sampai Bonzer krem2 tangan (bass) sebab ulang banyak kali. At the first time, I took a full scene mode and after a playback, Bonzer bagi cadangan supaye muke kitorang tak nampak. So, orang mesti tanye, "Sape main tu doh?". Ahaaa, badget superstar.
Yang bestnye tu, sebulan selepas aku post kat Metacafe, tade pon orang nak view video yang kitorang buat. Cume ade satu komen je yang datang dari Amin. Tale bla...
But today, aku tengok balik video clip kat Metacafe dan pencapaian clip ini sangat memuaskan sebab dah ade lebih 500 viewer but leave us only one comment. Tapi bole tahan la popularity video clip ni sebab dapat rating 3.12 out of 5. Congratulation guys!
Thursday, November 13, 2008
Cane nak main Texas Hold 'em Poker?

Korang penah dengar tak Texas Poker Hold 'em? Game ni ade kat myspace dan korang bole add application ni. Yang best nye, kite bole main online world wide dan ajak ramai2 orang main dalam satu table. So, aku nak ajar korang sume mengenali dan memahami cara yang bertul nak main game ni supaya korang tak kalah lawan aku. Heaheahea~ Kalo korang sume perasan, Bond 007, Casino Rayale pon main game ni dalam movie. Game ni sangat best untuk mengisi masa lapang korang.
So, kat myspace nanti, korang add game ni menerusi profile myspace aku kat www.myspace.com/chickeroson dan add application die. Korang akan dibawa ke dunia di mana manusia tak pernah puas dan tamak!
Kat game poker tu nanti, korang pilih table yang korang suke bergantung kepada modal chip korang. Di bawah ni aku bitau sket definisi setiap column.
Table name : Nama meja tu.
Korang akan terus compare kad korang sampailah kad komuniti yang terakhir iaitu kad yang kelima atas meja (phase 3) dimana selepas semua nilai chip setiap player dah same. Dealer akan tolong cekkan ranking korang ngan pantas. So lepas tu, die akan bitau sape menang dan duit taruhan akan menjadi habuan korang. Jadi, enjoy bermain Texas Poker Hold 'em! Kalo korang still pening dan step kat atas tidak membantu, aku sediakan video kat bawah ni untuk korang lagi senang nak paham.
Celebrating Raya @ Bangi.
(Aina, Syahmi, aku, mama)
(aku, Arep, Syaren)
(Haziq, Amirul, Naquib, Syahmi)
(Kak Ju, Jeff)
(Mek Pah, Aina, Fattiyah)
Wednesday, November 12, 2008
Quantum of Solace.
Semester baru dah bermula!
Getting to be 21.
My birthday is coming soon! Hopefully this time I have time to hang up with my friends. So, adela mase nak hang up ngan kawan2 gi celebrate kat luar. Tapi birthday aku tahun ni jatuh pada hari Selasa, 2nd December. Tatau la ade ape pada hari itu. Harap2 best je.
But this year, I will be celebrating my birthday with someone special plus friends plus family! Not as before, aku celebrate ngan family je. Takde pon orang nak baling telur kat aku. (harap2 takde la).
Last year, aku celebate birthday aku kat Melaka. Faruk, koga, Hamzi dan kawan2 aku kat Melaka sume ade. Dowang blikan aku cokelat. Sebenarnye coklat tu bukan beli pon. Zul Management yang dapat hadiah, pastu bagi kat aku. So, settle untuk hadiah aku dari kawan2 untuk birthday aku tahun itu. Thanks guys! Hadiah yang aku dapat dari Mama aku ialah seutas jam tangan Fossil yang aku pakai sampai ke hari ini. Thanks ma!
Most supprisingly, last year, I've got a call from someone which is so familiar to me. It's a girl! Waktu tu aku tengah main snooker kat area2 Melaka ngan kawan2 aku yang lame tak hang up skali. That is my first time ade orang pempuan call aku malam2 and wishes me my Happy Birthday. Aku sangat terharu sampai aku tale focus kat permainan snooker aku and aku pon kalah dengan cemerlangnye. Heaheahea. Padahal tak reti main pon.
Hopefully this year, ramai kawan2 aku ade skali and bole celebrate same2. Hadiah pon mesti best punyekan. Anyway guys, don't forget bout my present ok! It's coming soon!
Cenderamata dari kayangan.
If you read this post baby, i want you to know that i'm so sorry. I tak bermaksud nak sakitkan hati u. Love you so much baby~
Baru2 ni die hadiahkan aku satu kraftangan yang dibuat khas untuk aku. It's so sweet. Di dalamnye terdapat ayat2 "suci" yang aku takan bace sampai la aku sangat merindui die. Aku pon ade jugak idea untuk membalas balik kraftangan yang die dah buat kat aku. Tapi, tunggu dulu ye cyg. Baik punye~
p/s : Tapi aku dah terbace satu ketas dalam botol tu, die tulis, "Jom tawen~".
Tuesday, November 11, 2008
Bile la bole beli XBox 360 ni?

Hari tu Nazrul tunjuk game XBox baru die kat Bangi time raye haritu. Peh, bes gile. Die demo kat aku ngan Syaren sket game "Gears of War" and die main. Hebat jugak Nazrul ni. Yang membuatkan aku tertarik ngan XBox ni sebab grafik die yang cun and den controller die ringan dan fit je kat tangan sesiape pon. Tak seperti PS2 aku yang ade wayer ngan beratnye lagi. Aku ngan Syaren tenganga je tengok. Kalo la satu hari nanti dapat bli, main kat Plasma 42", layan~
Kalo ikutkan perancangan memang aku ngan Syaren nak share duit beli XBox 360 selapas tengok demo dari Nazrul, tapi ade je masalah yang timbul. Tu yang buat aku tension tu. Contoh macam accident kete aku yang baru je berlaku. Pastu ngan laptop aku pulak rosak, kene baiki. Terbantut la jawabnye.
Baru2 ni, si Nazri dah bli satu yang latest. Nazrul pon ade satu. So, kitorang ingat nak bli skali. Bole la main online ngan sedara-mara. Tapi, Streamyx pulak takde kat rumah. Cane tu? Bole pulak kan pakai Dial-Up?
Kete aku accident pulak.
So, tengah relek2 drive kete kat sepanjang jalan nak cari kedai, tetibe lak ade kete kancil muncul dari arah depan. Bawak laju pulak tu kat selekoh. Belum sempat aku nak baling lembing kat kancil tu, die terus langgar aku kat bahagian depan. Dah la makan jalan aku. "Hakeleh mamat ni pe citer?", kate aku sambil tertanya2. Adik aku pon cam tergamam sambil air liur die meleleh sebab lapo sangat.
Aku pon parking kete Savvy aku kat tepi jalan dan kuar pegi kat arah die. Hakeleh, belasan tahun je budak ni. Aku pon terus mengeluarkan kate2 kesat kat die. Perkataan tu optional je. Saje nak bagi die cuak2 sket. Pastu aku pon mintak lesen ngan IC die. Nasib baik ade lesen, tapi IC pulak takde.
Aku tanye die, cane nak settle ni? Die soh aku ikut die jumpe bapak die kat kolam memancing. Aku pon ikut la die. Dah sampai, bapak die kuar. Die usha2 kete aku ngan anak die. Pastu die angguk2 dan aku tatau ape maksud die tu. Pastu selamba je g masuk dalam kanopi balik, tengok TV. Cite gossip girl pulak tu. Adoi. Aku dah la tengah tension ni.
After half an hour, bapak die soh aku ngan anak die gi balai polis Kajang, tapi bersama pak cik budak tu yang bekerja sebagai "polis penyiasat". Aku pon tatau nape aku cakap centu sebab time pak cik die sampai, dressing die cam detective connan. Siap topi cowboy lagi. Aku ngan Syaren tahan je gelak. Tapi yang kitowang tale lupe, time die intro diri die.
Kitorang pon bergegas ke balai polis Kajang. Sampai2 aku pon gi kat kaunter nak report accident. Aku pon bagi IC ngan lesen aku kat pegaiwai polis tu. Satgi polis tu tanye aku, ni lesen dah mati ni. Aku pon terkejut lesen aku dah mati. Adoi~
Pas bagi keterangan kat polis tersebut, aku dibawa pula ke tingkat atas untuk diinterview. Budak tu pon same. So, kitorang bagi keterangan based on perspective masing2. Satgi pas turn die, bole pulak die cakap aku masuk jalan die. Mane pulak aku tak menyirap. Yang polis tu pon percaya je cakap budak tu. Maklum la, budak tu ade "kabel". Pastu aku tak puas hati, aku ajak polis tu gi tempat kejadian, tengok sendiri. Kitowang pon setuju. Kitorang naik kete polis bersama jurufoto.
15 minit kemudian, kitorang sampai kat area kemalangan tu. Kitorang menuju ke arah kat mane lampu kete aku pecah. Polis tu pon usha lame. Tetibe die cakap aku masuk jalan budak tu, padahal lampu aku tu pecah betul2 kat tengah lorong jalan aku. Cane pulak die bole kate aku masuk jalan budak tu. Sebabnye die cakap, ade beberapa pecahan kat lorong budak tu. So, aku masuk jalan orang. Sah kabel! Aku pon tale wat ape2. Sebab aku sorang2 je kat situ takde geng. Tapi tibe2, jurufoto tu perasan sumting. Die nampak tanda wrong way. Rupa2nya budak tu masuk wrong way! Jadi, aku tak bersalah. So lucky!