Wednesday, April 22, 2009

I'm back again!

Lame sungguh aku tidak mengupdate blog aku ni. Maybe disebabkan aku malas, banyak assignment and tade mase nak update mende2 simple dalam hidop aku.

Anyway, ade banyak je bende aku nak cite but ade je syaitan yang soh aku supaya jangan update blog, terutama nye JingBing (name baru Bambing).

Hari ni, aku kalah judi sampai tinggal 1K je dalam account aku. Jangan pikir aku judi betol2 ok. Aku judi dalam facebook je. Reality tak mungkin. Aku tak sanggup doh.

Minggu ni merupakan minggu malang aku atau minggu yang paling worst dalam sem ni. Segala maler assignment nak kene antau bagai nak gile. Pastu ade presentation Operating System lagi. Kenape lah bekas askar yang ajau aku Operating System ni? Tade kaitan ok! Sampai nak masuk kelas setiap pagi pon kene beratur dulu kat lua kelas cek barisan make sure lurus. Den pastu nyanyi lagu Negaraku. Pastu before masuk, kene cek uniform, pakai kasut tak, baju tug in tak. Haha!

Sebab Loges la (lecturer OS aku, bekas pelajar ATMA) aku kene make sure assignment aku perfect. Kalo tak nahas aku kene pisau ramboo die. Sampai nak wat report pon, aku kene amek 4 jam nak cek indent aku supaye uniform. Nak cari reference sampai 6 buku aku pinjam dari library. Punye la prejew nak wak esemen die tu.

Dah la dengan air takde kat umah, mmg susah la aku nak bersihkan diri. Ade je prob minggu ni. Sabtu ni pulak ade MUET mmg kelam kibut la jawabnye. Nasib baik la ade orang tersayang. Leh lew ngade2 ngan die. Heh.

Thursday, April 9, 2009

Dammit! Phone aku jahanam!

Dammit! Handpon Sony aku kong la pulak. Aku tale nak charge fon aku so battery aku drain gile babi. Arini je aku tale nak angkat phone call bapak aku. Slalu kalo die call tu ade mende penting la tu. And den, pagi tadi aku tak dapat bangun pegi kelas sebab alarm phone aku tidak berfungsi. So, aku bole jadikan ianya alasan untuk tidak ke kelas. Hehe.

Pas abes je lab mesin aku pada petang itu, aku bergegas pulang untuk mendapatkan phone backup. Phone Samsung lame yang telah ditinggalkan oleh bapak aku sekian lama dan dimamah dek usia, masih bole berfungsi lagi walaupun ade sedikit masalah pixel. Tapi, alangkah malangnye, semua phone number directory aku , aku simpan dalam phone Sony aku tu.

So rakan2, kalo korang nak sms aku, sila sertakan juga nama dan juga alamat beserta 2 keping gambar berukuran passpot supaya mudah untuk aku mengenali siape yang mesej. Sekian.

I'm back!

Rakan2, sorry coz dah 2 minggu aku tak update blog ni sebab time mid sem break, aku takde access internet di rumah kecuali dial-up jew. Tu pon kalo tepon umah ade. Ni wayer tepon pon adik aku buat sidai kain kat lua. Adoi~

Tambahan pula minggu seterusnya ade exam pulak. So, bertenggek la aku di meja untuk menelaah pelajaran. Menelaah ape, meleleh air liur ade la sebab bace Software Engineering. Haha!

So, antara aktiviti2 aku semasa cuti ialah:
  1. Jadi seorang bapa yang tiap2 hari bangun kol 17 (Sebab parents aku gi umrah).
  2. Jadi jaga setiap malam dengan ditemani oleh sang kure2 dalam kolam aku. Keje tiap2 malam menyalak nak makanan.
  3. Bagi makan ikan koi. Kadang2 men curah2 air kat diorang sebab boring tade kasih sayang daripada ibu bapa.
  4. Wat sapan kat adik pempuan aku before die gi sekolah. Taruk roti, pandai2 la die taruk kaya sendiri.
  5. Call orang yang tersayang. Walaupun die garang.
  6. Tengok katun South Park time stadi pastu tetido.
  7. Gado ngan adik aku.
  8. Cuci kolam.
Haha, minggu aku yang sepi disebabkan ketiadaan parents aku. Cuma ade adik aku, sang kure2, kete Savvy dan juga pencil case untuk aku survive.

Biodata Rasullullah SAW.

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH SAW

BIODATA RASULULLAH SAW
Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka'abah)
Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf
Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali
Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya 'Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN Datuknya, 'Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah' ,jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah..

USIA 25 TAHUN
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah.
Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.
Khadijah Binti Khuwailid
Saudah Binti Zam'ah
'Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
Hafsah binti 'Umar (anak Saidina 'Umar bin Al-Khattab)
Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
Zainab Binti Jahsy
Maimunah Binti Harith
Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
Zainab Binti Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin'; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra'

ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy.
Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN

SAUDARA SUSUAN

1.. Thuwaibah
1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
1. Halimah Al-Saidiyyah
1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul 'Uzza
3.. Syaima' binti Harith bin Abdul 'Uzza
4. 'Aisyah binti Harith bin abdul 'Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK
KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-'Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya 'Abdul 'Uzza)
8.. Abdul Ka'bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13.. 'Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-'Awwam) *** *** Sempat masuk Islam.
## Ulama' berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku,
maka sesungguhnya dia telah mencintai
aku. Dan sesiapa yang mencintai aku
nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas)

Monday, March 16, 2009

Knowing my own blood.

This rare picture was taken in the late 60s as my uncle has found this picture inside his old picture album. And after all, this is my mother bloodline and what reside in this picture is my mom's siblings and right at the center is my past grandmother, Esah.

At the first time this picture was revealed to all the related family members, they was so shocked and so excited to recall back their own sweet memories with this picture. It is because they thought the picture has been damaged or disappeared. In a mean while, my nephews and cousins try to look at their own mother or father while they was young at that time.

So which is actually my mom inside the picture? Some of my cousins said, she's look alike me. But still, i have no idea which one is it and i couldn't found one. U allz have any idea? Haha.


Here's the answer. She is just right in front of my grandmother and holds a cat. Aku tak rase pon muke mak aku time mude2 macam aku. Tapi tang rambut same kot. Haha.

So basically, standing from the left, Uncle Udin (paling garang), Cik Pah (mulut paling laser pok pek pok pek je kejenye), Cik Manja (paling manje), Cik Eton (paling pemurah dan baik hati), Cik Nap (paling bizi dengan kerjayanye), ???.

And kat bawah pulak, ???, Nenek aku (aku tak sempat hidup dengan beliau), Cik Tini (paling kecik) and the last sekali, mak aku (paling bersukan (sporting), paling baik, paling ngade2, paling pemurah, paling bagi susu bile aku nangeh, paling rotan aku bile tak hafal sifir dan paling best sekali kat dalam dunia). 2nd best, Shabiul. Haha.

Sunday, March 15, 2009

UPDATE : Cak Cak Cak 2009.


Gambar ni merupakan wallpaper dalam touchy Aqil. Aqil minat sangat cite komidi ni sampai die wat wallpaper kat dalam touchy die. Tak tengok lagi dalam phone die, laptop die, sume ade muke Azwan Ali. Haha. Gurau2 je ok Aqil. Gi pukul Bambing.

Kelucuan di atas banner "Save Gaza".

Bercakap tentang isu Save Gaza, u allz sudah membantu mangsa2 kejam si Israel di Gaza ni dengan memberi sedikit sumbangan atau atau sokongan? Bukan sekadar wang ringgit sahaja wahai rakan2, tetapi mental juga perlu kuat untuk memboikot barangan2 Israel untuk merencatkan kegiatan laknat mereka untuk menindas saudara seIslam dengan kita yang tidak berdaya. Bayangkan jika family kite menetap di sana seperti mane kebanyakan family2 foreigner kat MMU ni, dorang mesti sedih dengan berita kematian atau kehilangan anggota keluarga mereka.

So, persatuan kemanusiaan kat MMU telah membuat serentang banner untuk mendapatkan sokongan dan feedback student2 MMU terhadap isu Gaza ini. U allz mesti pernah nampakkan banner ni kat depan Cafe Taw kan? Aku pon tidak terlepas peluang untuk membaca setiap mesej2 dan rase ketidakpuashatian terhadap perang di Gaza. And they all are very supportive and show up their angerness.

Anyway, dalam banyak2 meseg yang penuh dengan perasaan marah, geram dan sebagainye, terselit sedikit kelucuan dan tidak kelogikan di atas banner tersebut dan aku rase takde kaitan langsung dalam usaha untuk membenteras kegiatan Israel ini. Haha. U allz zass je la k.

"I KNOW... BUT U KNOW THAT I KNOW?... BUT I KNOW ALL..."
- Agak kelam kabut jugak mamat ni punye messege.
Ape maksudnye pon aku tatau.


"SELAMAT HARI KORBAN" - Ape ko ingat skang ni
Hari Raye Korban ke? Kang aku korbankan telo ko
kasi bini ko makan baru ko tau.


"FCUK ISRAEL FROM PUTERA MAKSIAT" - Terima
kasih kepada Putera Maksiat kerana ko masih menyokong
untuk tidak kepada war dan juga Israel. Ok, gi sambung
balik wat maksiat.

Friday, March 13, 2009

Lagu Agnes Monica diharamkan.

Lagu Agnes Monica yang bertajuk 'Allah Peduli' telah diharamkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) kerana menggunakan kalimah Allah dalam liriknya bagi menggambarkan Nabi Isa. Maybe ni salah satu care untuk memesongkan pegangan masyarakat Islam di Malaysia malah di negara2 lain jugak dengan menyanyikan lagu yang kurang jelas liriknya dan terpesong ni.

Menurut kate Pope, lagu ni dah lame dah diperdengarkan. Aku pon lembab tuli. So aku pon tatau sebab aku tak minat sangat minah ni. Kate beliau lagi, kat Indonesia memang lintang pukang macam ni. Kalo u allz nak kawin ngan minah kapir, sure2 nye la kene convert dulu kan. Tapi kat Indonesia tak. Takyah convert pon tak ape. Adoi~

Anyway, aku tak penah lagi nak dengar lagu ni. But watch out ok kalo nak dengar. Sebab menurut MIAS kalo u allz ditangkap dengar lagu ni, korang akan dikenekan dende RM 1,000.00 ok. Bek u allz pakai duit tu nak baya saman kat Cyberia ni je. Paking sini salah, paking sane salah.

"Siasatan akan dilakukan oleh pegawai bertauliah dan jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda RM1,000," kata Pengerusi MAIS pada sidang media. Anyway, cube u allz zass sket lirik yang aku sediakan kat bawah ni. So, terserah la pade u allz semua ok. Amboi, amboi, amboi sket.

Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti
Mengapakah harus terjadi

Di dalam kehidupan ini

Suatu perkara yang
ku simpan dalam hati
Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah perduli
Allah mengerti

Allah peduli

Segala persoalan yg kita hadapi

Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri

Sbab Allah mengerti Allah mengerti

Allah peduli

Segala persoalan yg kita hadapi

Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri

Sbab Allah Yesus ku

mengerti

Tuesday, March 10, 2009

Cak Cak Cak 2009.

Huh?! Guest what? Rancangan komidi paling hayam dan retard sudah kembali lagi untuk tahun ini 2009. Aku macam tak pecaya Azwan Ali boleh kumpulkan semula geng2 Cak Cak Cak die yang lame untuk kembali menghiburkan anda semua pada setiap hari Isnin pukul 10 malam. Don't miss! (Saks, aku takan tengok).

Rancangan komidi yang disiarkan oleh Astro Ria ini merupakan usaha Azwan Ali yang kedua selepas 9 tahun Cak Cak Cak yang first pada tahun 2000. Aku ingatkan dah kene ban, rupe2 nye tak kene ban lagi. Pelakon2 komidi ni masih same, iaitu Sathiya, Elly Suriaty, Jaafar Onn, Rosnah Mat Aris dan juga Angelina Tan serta dibantu oleh Nikki dan Nubhan AF6 (kalo tak silap aku).

So, this is my review based on selepas aku tengok Cak Cak Cak Prelude after Diari Akademi Fantasia Isnin lepas. For god sake, aku kesian tengok pelakon2 dibawah arahan si Azwan Ali ni. Sebab ape, diorang terpaksa memperbodoh2kan diri masing2 dengan membuat reaksi dan eskpresi2 muke yang agak retard, which is fun but actually sampah dan tak pakai (tiru gaye Adlin Aman Ramli membebel). Except for Angelina Tan yang aku rase still ade kehormatan diri and nampak innocent dan jage kelembutan diri berbanding Rosnah Mat Aris dan juga Elly Suriaty yang hati kering. Paling aku rase tertekan sekali ialah si Jaafar Onn ni yang macam tak malu nak tunjukkan ekspresi muke die yang agak retard yang baget lucu dan disapot pulak oleh si Azwan Ali dengan tarian mangkuk die time "Lagu tema Cak Cak Cak".

Anyway, lagu tema diorang ni u allz bole practise kalo u allz rase macam boring ke, atau tension nak jawab exam dalam hall nanti sebab lagu tema Cak Cak Cak ni senang je. U allz just ulang je perkataan "Cak cak ce-ke-cak-cak-cak" banyak kali dan setiap 2 saat u allz lajukan tempo 2x sampai la u allz rase pening2, mual2 or cirit-birit ataupon suspek denggi. Kalo nak lagi best, buat satu group maximum 5 atau 6 orang, pastu buat dance2 yang retard sambil buat muke macam nak kene lempang. Haha.

Saturday, March 7, 2009

Wonder Baby or Wonder Girls yang paling cute?

God dammit! Ah, geramnye aku tengok budak kecik ni. Aku rase macam nak cubit2 je pipi die, pastu nak geget telinga die, idung die pastu nak bawak die jalan2 makan eskrem... Ah! Lebih2 pulak aku ni. Kang orang cakap aku ni child abuse pulak. Haha. I'm sorry~ (Tagline Amir Yaacob Raja Lawak 3).

Takde la, aku tale blah tengok kesungguhan dan gaya die menari yang sangat comel dan gedik2 ala2 macam orang dewasa. Siap lawan dance lagi ngan Wonder Girls and tunjukkan skill masing2.

So kalo u allz nak taw sejauh mane kecomelan budak ni, u allz zass video clip ni sat. Sure ketawa punya la and u allz decide sape yang paling cute ok! Pastu u allz mesti happy pastu sengeh2 macam Bambing seperti baru kuar dari toilet sebab kene julap. Enjoy ok!



Anyway, Wonder Girls pon cute jugak. Hehe.